SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

 

SEJARAH SEKOLAH

 

 

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA ATAU DAHULU DIKENALI SEBAGAI SEKOLAH MENENGAH SAINS MELAKA.DIDIRIKAN DI KAWASAN BERBUKIT DENGAN KETINGGIAN 12I.9 METER DARI ARAS LAUT.KELUASAN ASAL ADALAH 12.9 HEKTAR.PIHAK KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKKAN KAWASAN TAMBAHAN BERSEBELAHAN KAWASAN YANG ADA KEPADA SEKOLAH INI UNTUK PEMBANGUNAN PADA MASA DEPAN.KAWASAN TAMBAHAN SELUAS 14.1420 HEKTAR DIJANGKA AKAN DIMAJUKAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA YANG KEENAM.PELAN INDUKNYA MENUNJUKKAN BANGUNAN ASRAMA,DEWAN MAKAN,RUMAH-RUMAH GURU BERTINGKAT,DAN GELANGGANG PERMAINAN AKAN DIBINA DIKAWASAN INI.SEJARAH SEKOLAH INI TELAH BERMULA PADA 5 JANUARI 1973.PADA TAHUN TERSEBUT SERAMAI 120 ORANG PELAJAR TINGKATAN SATU TERDIRI DARIPADA 80 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 40 ORANG PELAJAR PEREMPUAN TELAH DITEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH MUNSHI ABDULLAH,BATU BERENDAM SEMENTARA MENUNGGU BANGUNAN SEKOLAH INI SIAP.OLEH KERANA BANGUNAN SEKOLAH INI LAMBAT DISIAPKAN PELAJAR-PELAJAR TERSEBUT TELAH DIPINDAHKAN KE SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR DI KLUANG.

PADA 3 JANUARI 1976,SERAMAI 120 ORANG PELAJAR TELAH DITUMPANGKAN SEKALI LAGI DI SEKOLAH MENENGAH MUNSHI ABDULLAH.MEREKA INI TELAH DITEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH,MELAKA PADA 10 MEI 1976.PADA 1978,DENGAN KERJASAMA UNIT MATRIKULASI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA UKM SEKOLAH INI TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENJALANKAN KURSUS MATRIKULASI,SATU KURSUS INTENSIF SETAHUN UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.KUMPULAN PERTAMA PELJAR-PELAJAR MATRIKULASI INI SERAMAI 102 ORANG TELAH DIDATANGI DARI SELURUH TANAHAIR.KELAS MATRIKULASI INI TELAH DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA PEMBUKAAN KELAS TINGKATAN ENAM DIHENTIKAN DAN KELAS MATRIKULASI UKM DISAMBUNG SEMULA DENGAN MEMULAKAN KELAS MATRIKULASI SAINS KEJURUTERAAN.

PADA OKTOBER 1983,SEKOLAH INI YANG NAMA ASALNYA IALAH SEKOLAH MENENGAH SAINS MELAKA MENGAMBIL NAMA SEMPENA SULTAN MUZAFFAR SYAH IAITU SULTAN MELAKA YANG KEEMPAT YANG MEMERINTAH DARI 1446-1456.PENGISYTIHARAN INI TELAH DILAKUKAN OLEH YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA.TUN SYED ZAHIR AL-HAJ BIN SYED HASSAN PSM.DUNM.SPMP.JMN.PJK. MULAI 1995 SEKOLAH INI SECARA RASMI DIKENALI SEBAGAI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA.

 

IKRAR

 

BAHAWASANYA KAMI,

PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

MELAKA,

BERIKRAR,

AKAN SENTIASA BERUSAHA KEARAH KECEMERLANGAN

DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KURIKULUM,

KAMI AKAN PATUH PADA DISIPLIN SEKOLAH,

DAN AKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH,

DEMI MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH PADA SETIAP MASA,

SIKAP HORMAT–MENGHORMATI ADALAH MENJADI AMALAN HIDUP

KAMI,

KAMI JUGA BERJANJI,

AKAN MENJADI INSAN YANG BERGUNA PADA AGAMA,BANGSA DAN

NEGARA.

 

LAGU

SEKOLAH MUZAFFAR SYAH MELAKA

IKHLAS MENDIDIK PUTERA DAN PUTERI

HASRAT MULIA TERSEMAT DI JIWA

BERSIKAP MEMBINA AMAL SENTIASA

MAJULAH MUZAFFAR SYAH MELAKA

BONDA KANDUNG YANG KAMI KASIHI

INILAH JANJI KAMI PADUKAN

NAMA HARUMMU TETAP DIJAGA

SEMOGA YANG MAHA KUASA

MEMBERI RESTU SETIAP MASA

KITA PELAJAR BERTATASUSILA

AMANAH RAKYAT DIJUNJUNG BERSAMA

MENCARI ILMU DASAR UTAMA

UNTUK PERTIWI KITA BERJASA

 

 

LAMAN UTAMA