Harakah
|
Cerita ini berdasarkan cerita kawan saya.
Saya tidak dapat menjamin kesahihan cerita ini. Anggaplah ini sebagai
berhibur sahaja.
DAH PENAT KE, DAH TAHU?
Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh. "Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi. "Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi. Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar. Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian..... "Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka. "Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh." "Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih. "Wah! padanlah." sahut kawannya. "Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya. "Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum. Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji. Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu. "Hai! Buat apa tu." tegurnya. Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut. Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati. Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang. "Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu. "Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu. "Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya. Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu. Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu. Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu. Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan. Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah." Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."
Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik. Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi. Jadi anda dah penat ke sebab dah tahu? Cuba- cubalah lihat siapa yang duduk di belakang awak itu?????????? |