RENUNGKAN..........
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa
pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada
sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka
segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di
Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya
Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim!
Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang
dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah
bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"jawab orang itu. "Jadi
bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun
saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi
Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki
Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab
itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,
Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang
meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah
kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang
semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan
berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi
keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan
hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi
itu."Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,'jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau
meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy
lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada
temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan
mengperhitungkan kemaksiatannya.Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la
akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu,
apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan
keharuan dirinya.