BALASAN YANG DISEGERAKAN
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di
kedai pada tengah
hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan
kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah
mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din,
kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?"
kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa
yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di
kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan
emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ". "
Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya.
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari
Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada
ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. "
Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit.
Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut
kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah
jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun
nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit,"
balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. "
Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan
macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " "
Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut
menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . "
aida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya
berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang
terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda
protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan
Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis
tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi
berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja
di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
Bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut
dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu
memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat
keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia
seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si
gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. "
Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang
ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya
ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan
tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil
untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !!
Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang
berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah
ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya
bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah
? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah
selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang
berada di dalam kubur tapi tidak terganjak walau seinci pun. Kakinya tetap
terpahat ke tanah. " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis
itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya
sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida
bersalah, Saida menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia
menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis
itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai
orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba
tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? "
kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya ?" tanya si bapa. "
Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki
berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian
terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun
kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan
jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah
lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku
singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang
terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua
menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai
sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di
situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha
menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah
penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah
di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu,
anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya
memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan
saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah
saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada
orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah,
setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup
perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak
melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat
apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. selepas meredah kubur-kubur
yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di
pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke
arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa
sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil
menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran
lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka
pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih
yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis
lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya
ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di
tanah namun tidak berhasil juga.saya lihat bapa dan adik-beradiknya
menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang
hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu
Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan
nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah
memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun
daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak
saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di
depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim
ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak
dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya
meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis
dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah
kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali
terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan
gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang
polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang
berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan
anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan
keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki
terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap
meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan
mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di
beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke
tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi
kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap
tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan
selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat
tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat tersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah
empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin
kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu
siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan
minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di
lakukannya. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan
seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup
daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang
gadis yang derhaka.
>semoga dpt mengambil pengajaran..
>isk sedey..sedeyy...
>sahabat2 sumer jgn jd anak derhaka ek..
>di dunia dh dpt balasan...balasan yg disegerakan...