Undur | Laman Utama | Depan
 
Undur | Laman Utama | Depan

 

 
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
 

DAFTAR Z
20 Safar 1423

(Prof. Tan Sri)  Zainal Abidin bin Ahmad (ZA'BA)
Dilahirkan pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Banyak menyumbang kepada perkembangan  bahasa Melayu sehingga dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agung dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran Tan Sri) Mendapat gelaran Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan pada tahun 1973. Meninggal pada 23hb Oktober 1973.

Zuhal
Salah satu daripada sembilan planet dalam Sistem Suria. Jarak purata Zuhal dengan matahari adalah 1,427 juta kilometer.

Zuhrah
Salah satu daripada sembilan planet dalam Sistem Suria, Zuhrah atau bintang pagi, atau nama Inggerisnya 'Venus' dinamakan sempena nama dewa cinta Rom. Jarak Zuhrah dengan matahari adalah 108.2 juta kilometer. Sehari di Zuhrah bersamaan 243 hari di bumi dan setahun di Zuhrah bersamaan 224.7 hari bumi. Ini bererti sehari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada setahun. Suhu permukan Zuhrah adalah 480°C. Zuhrah mempunyai jisim 0.81 berbanding jisim bumi dan mempunyai garis pusat sepanjang 12,102 kilometer. Graviti di Zuhrah adalah 0.88 graviti bumi dan Zuhrah tidak mempunyai bulan. Zuhrah mempunyai udara tebal, yang menyembuyikan permukaan planet Zuhrah, terdiri daripada 96% Karbon dioksida, 3.5% nitrogen, 0.5 sulphur dioksida, argon, dan karbon monoxide. Planet Zuhrah dipercayai mempunyai teras likat besi nikel dan mantel bebatu, dan diseliputi oleh lapisan nipis silika. Tekanan udara pada permukaan Zuhrah adalah 90 kali ganda tekanan pada aras laut bumi. Pada bahagian permukaan Zuhrah, terdapat kabut yang melitupi sehingga aras 20 kilometer di mana terdapat pula awan tebal yang melitupi seluruh Zuhrah. Di atas awan tebal tesebut pula terdapat kabut tinggi. Disebabkan awan tebal yang melitupi planet Zuhrah, pantulan cahaya matahari menyebabkan planet Zuhah kelihatan bersinar terang di langit bumi. Dari bumi, planet Zuhrah kelihatan mempunyai phasa purnama dan gelap seperti bulan. Hujan di Zuhrah terdiri daripada hujan asid sulfirik. Planet Zuhrah pertama sekali diorbit, didarati, dan diambil gambar oleh kapal tanpa kendali Russia, Venera 9 pada 23 Oktober 1975.
 
 

 

- TAMAT -

LAMAN ILMU