Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR Y
13 Safar 1423
Yak
Sejenis lembu berbulu panjang yang terdapat di kawasan bersalji di tanah tinggi
Tibet. Yak mampu bergerak di kawasan bercerun dan digunakan untuk mengangkut
barangan. Yak banyak kegunaannya kepada penduduk Tibet. Yak membekalkan susu
yang boleh diminum dan dibuat mentega. Bulunya boleh dianyam sebagai tali
ataupun pakaian.
Yis
Yis merupakan organisma mikro satu sel. Sel yis berbentuk bulat ataupun bujur
dan membiak dalam bentuk spora. Yis digunakan dalam pembuatan kek dan penapaian,
kerana yis dapat menguraikan gula, kepada alkohol dan gas karbon dioksida. Gas
karbon dioksida ini akan membentuk rongga-rongga kecil berisi udara, menjadikan
kek dan roti naik gebu dan lembut untuk dimakan.
Allahyarham Haji Yusof Rawa
Allahyarham Tuan Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi atau dikenali sebagai Haji
Yusof Rawa dikenali sebagai tokoh gerakan Islam yang dikagumi kerana mindanya
yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ianya rumit bagi sesetengah
pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 6 Mei 1922. Beliau
pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke
Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris
iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga
memperolehi Junior Cambridge. Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris,
lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau
melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan
impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari
Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah
air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung
dalam politik. Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang
berpindah tempat. Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan
menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan
Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali
lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua. Semasa pemilihan jawatankuasa
baru PAS pada awal 1980-an beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang
Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Dato' Asri Muda semasa muktamar yang
mendesar perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa
tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada
timbalannya, Ustaz Fadzil Mohd Noor. Semenjak itu, kesihatan beliau kurang
memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital
sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15
pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, II orang anak, enam perempuan dan
lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.
Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta
menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam
Barisan Nasinal (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.
http://detik.daily.tripod.com/Mei/b4meie.htm