Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR E
14 Ramadan 1422
Ebola
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada
jangkitan virus.
Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang
amat merbahaya.
Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan,
penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus
Ebola punca penyakit. Virus
Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di
dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan
oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Maklumat lanjut mengenai Ebola.
Edmund Halley
Edmund Halley (1656-1742) adalah seorang ahli falah
British yang memantau
komet Halley pada 1682 dan meramalkan kepulangannya pada 1758. Komet Halley
dinamakan sempena namanya. Komet Halley muncul setiap 76 tahun dan terakhir
muncul pada 1986. Lawatan seterusnya adalah pada tahun 2052.
Eiffel
Menara Eiffel setinggi 985 kaki telah didirikan di Paris pada tahun 1887-1889
dengan perbelanjaan 200,000 paun
British. Ia dibina oleh Gustav Effel dan kini digunakan sebagai pemancar
wireless.
Embun
Udara yang panas boleh menyimpan lebih banyak wap air daripada udara yang sejuk.
Oleh itu apabila hari siang banyak
air terpelowap menjadi wap air, tetapi apabila hari malam, udara sejuk tidak
dapat menyimpan kesemua wap air tersebut dan sebahagian wap bertukar menjadi
titisan
air pada permukaan sejuk, apabila subuh menjelma. Titisan air ini dipanggil
embun. Embun akan tersejat menjadi wap air semula dan membentuk
awan apabila
matahari kembali bersinar. Udara sejuk di kutub tidak dapat menyimpan banyak
wap dan adalah kering.
Ensefalitis Equine
Ensefalitis Equine menyerang kuda dan baghal serta yang boleh menjangkiti
manusia, wujud dalam tiga jenis utama, iaitu jenis EEE (Eastern Equine
Encephalitis) yang berlaku di kawasan selatan dan timur
Amerika Syarikat ; jenis WEE (Western Equine Encephalitis) berlaku di
kawasan barat
Amerika Syarikat dan Kanada; dan jenis VEE (Venezuelan Equine Encephalitis)
berlaku di Amerika Selatan dan Panama.
http://www.perpustam.edu.my/bparkib/bp299/sudutilmu.htm
Enzim
Enzim merupakan satu protein yang bertindak sebagai katalis di dalam tindakbalas
kimia pada sel-sel hidup. Terdapat ratusan jenis enzim yang di hasilkan sendiri
di dalam sel-sel tadi. Di dalam perut dan usus, ianya dikeluarkan oleh pankreas
dan hati bagi memenuhi keperluan sistem penghazaman manusia. Oleh kerana ianya
adalah protein, sifatnya juga adalah seperti protein yang mana mempunyai takat
kepanasan yang boleh menyebabkan ia berubah daripada sifat asal. Enzim tidak
akan terjejas dalam proses tindakbalas, peranannya hanyalah sebagai bahan yang
membantu mempercepatkan sesuatu tindak balas. Enzim tertentu hanya bertindak ke
atas substrat tertentu sahaja.
http://www.netcolony.com/members/mabah40/Ilmu/s/enzim.htm