Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR U
8 Muharam 1423
Ulit Anak
Ulit anak merupakan tradisi masyarakat Terengganu. Ulit anak juga dikenali
sebagai Endoi, atau dendang Siti Fatimah di negeri Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Ulit anak biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti
menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
Unguligrades
Unguligrades merujuk kepada haiwan yang bergerak beralaskan satu lapisan kuku
yang keras seperti tapak kaki kuda atau lembu. Mereka berpijak hanya dengan jari
kaki dan tapak kaki mereka merupakan kuku jari yang melebar membentuk tapak
keras. Sisa jari yang lain masih kelihatan sekitar tapak keras kaki mereka.
Unguligrades terbahagi kepada
Prissodactyla
yang mempunyai bilangan tapak kaki yang ganjil, dan
Ariodactyla
yang mempunyai bilangan tapak kaki yang genap
Ungka Tangan Putih
Nama saintifik Ungka Tangan Putih adalah Hylobates Lar atau nama Inggerisnya Lar
Gibbon.
Uranus
Salah satu daripada sembilan planet dalam
Sistem Suria.
Jarak purata Uranus dengan
matahari adalah
2,871 juta kilometer.
Urea
Urea merupakan molekul organik yang terhasil daripada penguraian protin dalam
badan mamalia. Badan manusia menghasilkan 20-30 gram urea setiap hari. Walaupun
urea tidak beracun, sekiranya aras urea meningkat, ini boleh merosakkan buah
pinggang, menyebabkan bahan buangan lain tidak dapat dipocess. Urea juga
digunakan sebagai baja dan bahan letupan dan perlombongan sumber semulajadi
urea, seperti tahi kelawar di dalam gua dan tahi burung di persisiran pantai
Chilie pernah menjadi sumber pendapatan yang penting. Pengenalan baja buatan
menyebabkan penggunaan urea sebagai baja berkurangan. Urea akan terurai menjadi
ammino yang boleh mengancam kesihatan manusia dalam jumlah yang banyak.
Datuk Dr. Usman Awang
Usman Awang dilahirkan di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 12 Julai 1929.
Datuk Dr. Usman Awang merupakan seorang sasterawan yang terkenal dalam genre
puisi dan drama dan menulis di bawah nama pena Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir,
Rose, Murni, U.A., dan Zaini. Datuk Dr. Usman Awang pernah menjadi buruh paksa
Jepun selama enam bulan di Singapura, menjadi anggota polis di bawah penjajahan
Inggeris, wartawan, dan kemudiannya penulis. Di antara hasil puisi Datuk Dr.
Usman Awang adalah Dari Bintang ke Bintang, Kekasih(1971), Ketam Mengajar
Anaknya Berjalan Lurus, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar, Jebat,
Pahlawan Rakyat, Kekasih, Suara Dari Pusara , Mata Ayah, Melayu, hasil dramanya
adalah Matinya Seorang Pahlawan, Tamu Di Bukit Kenny, Serunai Malam, Malam
Kemerdekaan, dan musika cinta Uda dan Dara. Datuk Dr. Usman Awang meninggal pada
pukul 12:30 malam, Khamis 29 November 2001 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas waktu Zuhur
Utarid
Planet pertama daripada sembilan planet dalam
Sistem Suria,
Utarid ataupun nama Inggerisnya 'Mercury' dinamakan bersempena nama perutusan
dewa Rom yang tangkas. Ini disebabkan Utarid kelihatan merentasi langit di bumi
dengan begitu pantas. Jarak Utarid dengan
matahari adalah
57.9 juta kilometer. Disebabkan jaraknya yang dekat dengan
matahari,
perbezaan suhu permukaan Utarid adalah di antara -180°C sehingga 430°C. Sehari
di Utarid bersamaan 88 hari di bumi dan setahun di Utarid bersamaan 58.7 hari
bumi. Utarid mempunyai jisim 0.055 berbanding bumi dan mempunyai garis pusat
sepanjang 4,878 kilometer. Graviti di Utarid adalah 0.38 graviti bumi dan Utarid
tidak mempunyai bulan.
60% permukaan Utarid dipenuhi kawah meteor dan udara di Utarid adalah kurang
daripada satu per sejuta berbanding bumi. Udara Utarid terdiri daripada 56%
oksijen, 35% sodium, 8%
helium, dan 1%
potassium dan
hidrogen pada waktu siang. Pada waktu malam, sodium dan potassium terserap
kembali ke dalam tanah dan batu planet Utarid. Utarid dipercayai terdiri
daripada teras besi yang membentuk 80% jisim Utarid dan batu silika yang
membentuk mantel Utarid, dan diseliputi lapisan kerak nipis berbatu. Banyak
kawah Utarid dinamakan sempena nama tokok dunia seperti Dickens, Bach, Chopin,
Mozart, Monet,
Van Gogh,
Michelangelo dan lain-lain.