Undur | Laman Utama | Depan
 
Undur | Laman Utama | Depan
 
 
 
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z  
 

DAFTAR V
22 Muharram 1423

Varicella
Varicella atau cacar air adalah antara penyakit yang paling mudah dijangkiti oleh kanak-kanak dan menyebabkan kulit melepuh. Virus ini turut menyebabkan herpes .oster atau kayap ular. Ia kerap berlaku di kalangan orang tua namun boleh juga berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun yang tidak menerima imunisasi lengkap.

Di negara beriklim sederhana, 90 peratus mendapat cacar air sebelum berusia 15 tahun dan 95 peratus menjelang dewasa. Kadar ini lebih rendah di negara tropika dan paling teruk di kalangan pesakit yang tidak menerima imunisasi lengkap, remaja dan dewasa lebih-lebih lagi wanita hamil kerana risiko berlakunya pneumonia cacar air secara mendadak. Kematian berlaku pada pesakit yang tidak lengkap imunisasinya.

Pembawa utama virus varicella zoster adalah manusia sendiri. Kira-kira 90 peratus yang tinggal serumah dan terdedah kepada pesakit cacar air akan mendapat penyakit ini kerana virus tersebar melalui udara atau sentuhan dengan pesakit. Walaupun rawatan boleh diperolehi selepas jangkitan namun adalah lebih baik mencegah penyakit ini daripada berjangkit. Cara terbaik untuk mencegah ialah dengan mengasingkan pesakit, imunisasi atau vaksinasi.
http://www.health.com.my/bayi/bayi10.shtml

Vincent Van Gogh
Pelukis Belanda terkenal yang sering melukis menggunakan warna-warna yang garang. Vincent Van Gogh telah dilahirkan pada 30 March 1853, di kampung Groot Zunbert di daerah Brabant Utara, Belanda. Ayahnya, Theodorus, adalah paderi kampung (pastor) pengikut Gereja Insaf Belanda (Dutch Reformed Church) yang kecil. Ibu Van Gogh bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang saudara lelaki dan tiga orang saudara perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien. Vincent Van Gogh meninggal pada 28 July 1890 setelah menembak dirinya sendiri ketika serangan sawan

Viroids
Pada awal tahun 1970an, penyelidik menjumpai penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh partikel bersaiz kira-kira 1/10 daripada saiz virus tumbuhan yang biasa. Partikel ini dikenali sebagai viroids terdiri dari beberapa utas RNA dan langsung tidak mempunyai selaput protin. Seperti virus, viroids menembusi nuklias sel hos, mengawalnya dan mengarahkan sel hos untuk menghasilkan viroid baru.

Virus komputer
Satu aturcara komputer yang bertindak untuk mengganggu aturcara biasa tanpa disedari dan boleh menjangkiti aturcara lain. Terdapat virus yang merosakkan seperti meformat  cakera keras atau menukar data. Terdapat banyak perisian antivirus yang  bertujuan melindungi komputer daripada serangan virus. Bagaimanapun banyak virus baru sentiasa diperkenalkan oleh penulis virus, menyebabkan perisian antivirus perlu dikemaskini secara berkala untuk menangkis serangan virus baru.

Virus mikrob
Virus merupakan mikrob terkecil yang tidak mampu membesar dan membiak di luar sel perumah, oleh itu virus dikelaskan sebagai parasit. Pada tahun 1883, seorang saintis Jerman, A Mayer mendapati penyakit pokok tembakau boleh disebarkan tetapi gagal mengesan punca penyakit tersebut. D. Ivanowsky, saintis Rusia menjangkakan agen yang menyebabkan penyakit pada daun tembakau disebabkan oleh sejenis bakteria yang terlalu halus untuk diperangkap oleh penapis dan hasil toksinnya juga gagal ditapis.

Pada tahun 1897, saintis Belanda Martinus Beijernick, mencadangkan penyakit tersebut di sebabkan oleh partikel yang lebih halus dan lebih mudah dari bakteria.  Wendel M. Stanley, saintis Amerika berjaya mengkristal partikel jangkitan yang kini dikenali sebagai (TMV) "tobacco mosaic virus' pada tahun 1935. Virus berjaya dilihat melalui mikroskop elektron pada sekitar tahun 1950han. Partikel virus sangat halus bergarispusat antara 0.05 - 0.2 mikron. Terdapat dua komponen yang utama iaitu satu molikul bahan baka/genetik iaitu samaada DNA atau RNA dan satu lapisan selaput protin yang mengelilingi molikul. Selaput protin ini mungkin dikelilingi oleh satu bungkusan yang berasal dari membran sel hos.

• Virus tidak akan aktif walaupun ditempatkan dalam media yang kaya dengan nutrien atau dalam suhu yang ideal. Virus tidak boleh membesar atau membahagi kerana ia kekurangan organisasi sel yang komplek yang diperlukan untuk aktiviti tersebut.
• Selaput protin yang terdapat pada virus ini khusus untuk membolehkan ia menembusi sel hos yang spesifik.
• Selepas menembusi sel hos, bahan genetik virus akan mengambil alih kawalan sel hos.
• Sel yang kena "culik" dipaksa membaca gen virus dan menggunakan maklumat yang disimpan dalam gen virus untuk menghasilkan komponen virus baru. Apabila ini terjadi proses penambanan virus baru berlaku dengan cepat.
• Penyakit yang disebabkan oleh virus biasanya sukar untuk diubati. Virus yang menjangkiti bakteria dikenali sebagai bacteriophages.
• Virus yang menyebabkan demam selsema akan menyerang membran di saluran pernafasan. Virus yang menyebabkan campak biasanya menyerang sel kulit manakala virus yang menyebabkan penyakit anjing gila biasanya menyerang sel saraf.

Kebanyakan virus menyebabkan penyakit kepada tumbuhan, haiwan dan sel bakteria. Pengkelasan virus bergantung kepada asid nukleik dalam virus, iaitu dua utas, dan seutas DNA atau RNA. Virus akan menjangkiti sel perumah dengan mencucuk masuk DNA atau RNA virus. DNA atau RNA virus akan menguasai fungsi sel perumah untuk membiak. Sel matang virus akan dibebaskan apabila sel perumah pecah, atau sel virus tumbuh daripada sel perumah, yang menyebabkan sel perumah mati. Contoh virus adalah herpes (2 utas DNA), influenza (seutas RNA) dan virus Retro (seutas RNA) yang dipercayai menyebabkan AIDs atau barah.
 
 
 

- TAMAT -

LAMAN ILMU