Undur | Laman Utama | Depan  

 
Undur | Laman Utama | Depan
 
 
 
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
 

DAFTAR D
7 Ramadan 1422

Darurat
Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada bulan Jun 1948 dan berakhir pada Julai 1960.  Darurat di Tanah Melayu sebenarnya merupakan peperangan diantara pihak kerajaan dan pihak British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk semua lapisan rakyat Tanah Melayu akibat kekejaman pihak komunis. Pihak komunis telah bertindak membunuh pemilik ladang, lombong dan anggota keselamatan seperti yang berlaku di Bukit Kepong sebelum Darurat diistiharkan lagi. Pada tahun 1951 Sir Henry Gurney, pesuruhjaya Tinggi Persekutuan turut dibunuh dalam satu serangan hendap. Pihak kerajaan memperkenalkan beberapa langkah seperti penggunaan kad pengenalan, penempatan semula (kampung baru) dan pengistiharan kawasan-kawasan hitam (di mana terdapat banyak aktiviti komunis), bagi menumpaskan pihak komunis. Penduduk di kawasan hitam akan menghadapi sekatan seperti tempoh berkurung di waktu malam, sementara di kawasan di mana komunis telah dilumpuhkan, sekatan tersebut akan ditarik kembali. Ini menggalakkan penduduk untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menentang komunis. Pada 18 Disembar 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertemu dengan Chin Peng, ketua kanan komunis Malaya di Baling. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menolak permintaan Chin Peng untuk menghalalkan parti komunis dan pertempuran dengan komunis berterusan sehingga Julai 1960 apabila Darurat diistiharkan tamat.
http://www.geocities.com/jimmytiew/

Deepavali
Erti Deepavali adalah "Perayaan Cahaya.". Perayaan Deepavali disambut oleh pengikut ugama Hindu pada setiap tahun bagi merayai kemenangan Maha Krishnan mengalahkan dan membunuh Raja Naragasuri yang zalim. Pengikut ugama Hindu akan menghias rumah mereka dengan banyak pelita yang terpasang bagi melambangkan kejayaan cahaya mengalahkan kegelapan.

Demam Denggi
Demam Denggi mula di laporkan oleh Skae pada tahun 1901 di negeri Pulau Pinang. Pada masa itu taburan wabak denggi berhubung rapat dengan taburan Aedes aegypti. Satu kajian darah oleh Institut Penyelidikan Malaysia pada tahun 1953 menunjukkan penyakit denggi adalah meluas. Demam Denggi Berdarah dan 'Dengue Shock Syndrome' secara meluas(epidemik) telah mula dilaporkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Di antara tahun 1967 dan 1969 beberapa epidemik telah berlaku di kawasan bandar Semenanjung Malaysia. Semenjak itu sejumlah 192 kes telah dilaporkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tetapi pada masa tersebut Demam Denggi Berdarah tidak dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana denggi wajib di laporkan hanya pada tahun 1971. Pada awal tahun 70an, demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikenalpasti sebagai satu masalah utama kesihatan.
Demam Denggi - http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/kelas.htm#info1
Demam - demam denggi sejarah http://www.commhlth.medic.ukm.my/dengue/taburan.htm#Masalah

Diabetis Mellitus
Lihat kencing manis.

Difteria
Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan. Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari. Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Dikir
Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.

Dikir barat
Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana. Merupakan kebudayaan yang agak baru dipopularkan. Dinyanyikan secara beramai-ramai dalam bentuk pantun. Seorang ketua yang dikenali sebagai tukang dikir atau tukang karut akan memulai nyanyian yang akan diulang oleh pengiring secara beramai-ramai.

Dinasti Sung
Dinasti Sung diasaskan oleh ketua pengawal istana yang bernama Chao K'uang-yin, yang juga dikenali sebagai Zhao Kuangyin / Sung T'ai Tsu (mati -976) setelah merampas kuasa daripada seorang maharaja budak yang berusia 7 tahun. Dinasti Sung bertapak selama 300 tahun, dari 960 sehingga 1279. Sejarah mereka dibahagikan kepada dua tempoh iaitu dinasti Sung Utara dan dinasti Sung Selatan. Dinasti Sung merupakan zaman di mana negara China mencapai keamanan dan kemajuan.
SejarahDinastiSung.htm

Dugong

Dugong tergolong dalam haiwan mempunyai saraf tunjang (phylum=chordata), bertulang belakang (subphylum=verterbrata), kelas mamalia (class=mammalia), Order=Sirenia (Sea nymph), Spesies=Dugong.  Dugong adalah mamalia besar yang hidup di dalam air. Badannya agak lonjong dan berbentuk torpedo seperti anjing laut. Ia mempunyai muncung tumpul yang dipenuhi rerambut kasar. Ia tidak mempunyai anggota belakang tetapi mempunyai ekor yang lebar seperti ekor ikan paus. Anggota hadapannya telah diubahsuai menjadi alat perenang(swimming flippers). Setiap anggota hadapannya mempunyai tiga atau empat kuku dan anggota hadapan ini bertindak sebagai lengan yang boleh membantu dugong bergerak dalam air yang cetek, memegang dan mengarahkan makanan ke mulut dan bertindak sebagai sirip semasa ia berenang. Dugong berenang naik ke permukaan air untuk menyedut nafas melalui hidungnya setiap 1-4 minit apabila ia aktif, dan setiap 10-15 minit apabila ia rehat. Lubang hidung dugong tertutup rapat apaabila ia menyelam di dalam air. Dugong mempunyai paru-paru yang sangat besar dan mempunyai kecekapan menyerap 98% kapasiti setiap pernafasan. Paru-paru ini juga bertindak sebagai pelampung semasa dugong berenang dan menyelam.
http://www.geocities.com/my_jumilah/binatang3.html
 
 

 

- TAMAT -

LAMAN ILMU