Undur | Laman Utama | Depan
|
|
A | B |
C | D | E |
F | G | H |
I | J | K |
L | M
N | O |
P | Q | R |
S | T | U |
V | W | X |
Y | Z
DAFTAR I
13 Syawal 1422
IMAM MALIK
Nama penuhnya ialah Malik bin Anas. Dia berasal daripada suku Zi Asbah kaum Arab
di Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93H, dan meninggal dunia pada tahun 179H.
Beliau menetap di kota Madinah. Beliau belajar dengan Nafik bin Naim, Rabiah Al-Rakyi,
Ibnu Sihab Al-Zuhry, dan Nafik (hamba Ibn Umar). Beliau juga memetik hadis
daripada Hisyam bin Urwah bin Al-Zubir. Beliaulah yang mengarang kitab Al-Muwatta
yang disunting secara berterusan selama 40 tahun.
IMAM MUSLIM
Nama penuhnya ialah Muslim bin Hadjdjadj bin Muslim Al-Qusjairi An-Naisaburi.
Beliau dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 Hijrah. Beliau pernah belajar
dengan Qutaibah bin Sa'id, Ahmad bin Hambal (di Iraq), Abu Bakar dan Usman bin
Sjaibah, Sjaiban bin Farrukh, Harmalah bin Jahja sahabat Iman Sjafi'i (di mesir),
ZSa'id bin Manshur (di Hiudjaz), Muhammad bin Jasar. Diantara muridnya dalah
Imam Tirmizi, Ibrahim bin Sufian, Muhammad bin Adbulwahhab, Ishak bin Chuzaimah,
Abu Bakar Al-Djarudi, Abu Bakar Al-Mustamli, Nasar bin Ahmad, dan lain-lain.
Beliau meninggal dunia di Naisabur dalam bulan Rajab tahun 261 ketika berusia 55
tahun.
IMAM SYAFIE
Nama penuhnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas Al-Syafie, berketurunan Quraisy
dari sebelah ayahnya dan keturunan Azdey, Yaman dari sebelah ibunya. Baliau
dilahirkan di daerah Ghazzah atau Asqalan pada 150H ketika keluarganya dalam
perjalanan ke negeri Syam. Bapanya meninggal ketika beliau berumur dua tahun.
Beliau belajar daripada Sufian bin Uyainah, Muslim bin Khalid Al-Zinji, Muhammad
bin Hassan (Sahabat Abu Hanifah), dan Imam Malik
Influenza
Influenza atau lebih dikenali sebagai "flu" adalah jangkitan atau infeksi
saluran pernafasan. Penyakit ini berpotensi untuk menyerang semua peringkat umur,
sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Influenza boleh menjadi serius
kepada bayi, orang berpenyakit kronik seperti
kencing manis,
sakit jantung, sakit paru-paru,
sakit
ginjal, endokrin dan orang yang lanjut umur.
Intiger
Nombor bulat tanpa perpuluhan. Nombor intiger termasuk nombor negetif, 0, dan
positif. Contoh intiger = ... -2 , -1, 0, 1, 2 ...