Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR G
28 Ramadan 1422
Gajah
Gajah tergolong dalam haiwan mempunyai saraf tunjang (phylum=chordata),
bertulang belakang (subphylum=verterbrata), kelas mamalia (class=mammalia),
mempunyai belalai hadapan (order=proboscidea), dari keluarga elephantidae
(family=elephantidae). Spesies Gajah dipercayai mula berkembang pada zaman
Oligocene di Afrika sebelum berkembang kepada gajah moden. Sepanjang 55 juta
tahun terdapat 500 hingga 600 spesies gajah yang dikenalpasti dan hanya dua
species yang masih kekal iaitu
gajah Asia dan
gajah Afrika. Pada masa sekarang gajah mengalami
ancaman akibat aktiviti manusia.
Galaksi
Galaksi merupakan himpunan sejumlah besar bintang-bintang yang berdekatan yang
mempunyai 100,000 sehingga 3,000 juta bintang (M87) setiap galaksi dalam
Alam Semesta ini.
Sistem Suria, termasuk
bumi berada dalam galaksi yang dikenali sebagai Bima Sakti. Galaksi Bima
Sakti merupakan salah satu daripada 30 galaksi yang membentuk gugusan galaksi
yang dikenali sebagai
Kelompok Tempatan. Galaksi Bima Sakti berbentuk piring yang leper dan
semakin runcing di tepi dan mempunyai garis pusat 100,000
tahun cahaya. Galaksi yang terdekat dengan Bima Sakti adalah galaksi
Andromeda sejauh 2,200,000
tahun cahaya. Sistem Suria terletak dua per tiga dari pusat Bima Sakti dan
beredar mengelilingi pusat Bima Sakti. Dianggarkan bahawa
matahari mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran
mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Selain galaksi Bima Sakti yang berbentuk
pusaran, terdapat galaksi yang berbentuk elips (bujur), bentuk tak sekata dan
lain-lain. Terdapat juga bentuk galaksi yang ditafsirkan oleh pakar sains
menunjukkan pertembungan antara dua galaksi yang berlainan. Senarai galaksi lain
yang diketahui adalah seperti berikut:-
Galaksi | Tahun Cahaya | |
Jarak ke bumi. | Garis Pusat | |
Andromeda (M31) | 2,200,000 | 150,000 |
M32 | 2,300,000 | |
Triangulum (M33) | 2,400,000 | 40,000 |
Wolf-Lundmark | 4,290,000 | |
M81 | 9,450,000 | |
Centaurus A | 13,040,000 | |
Pinwheel (M101) | 23,790,000 | |
Whirlpool (M51) | 29,340,000 | |
NGC2841 | 37,490,000 | |
NGC1023 | 39,120,000 | |
NGC3184 | 42,380,000 | |
NGC5866 | 42,380,000 | |
M100 | 48,900,000 | |
NGC6643 | 74,980,000 | |
M77 | 81,500,000 | |
NGC3938 | 94,540,000 | |
NGC2207 | 114,100,000 | |
NCG6822 | 1,800,000 | 15,000 |
NCG205 | 2,200,000 | 11,000 |
Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan
alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Gempa bumi
Gempa bumi disebabkan oleh pergerakan kerak
bumi yang dijelaskan oleh teori
Hanyutan Benua. Pergerakan kerak
bumi ini tertahan oleh geseran sesama kerak
bumi. Apabila daya pergerakan kepingan kerak
bumi yang dikenali sebagai lithospherik melebihi daya geseran, kerak bumi
akan bergerak dan bergesel dengan mengejut. Gegeran ini dikenali sebagai gempa
bumi. Kawasan di mana gegaran bumi berlaku dikenali sebagai tumpuan 'focus'
yang boleh berlaku beratus-ratus kilometer dalam tanah sementara permukaan bumi
tepat di atas tumpuan dipanggil pusat gempa atau 'epicentre'.
Gempa bumi semula jadi ataupun buatan (letupan) membantu manusia mengkaji
lapisan bumi. Ini disebabkan kelajuan bunyi bergerak berbeza antara bahan
cecair dan bahan padu. Dengan mengkaji masa dan kelajuan bunyi yang tiba di
stesyen gempa bumi yang berlainan di seluruh dunia, pakar sains dapat mengkaji
tentang lapisan dalam
bumi. Kekuatan gempa bumi diukur melalui
skala Richter dan gempa bumi yang paling teruk mencecah 8 skala Richter.
Pusat gempa di lautan boleh menghasilkan gelombang ombak besar yang dipanggil 'tsunami'
dan boleh membunuh ramai orang disebabkan kebanyakan penempatan berada di
kawasan persisiran pantai.
Geodesik merupakan kubah berbentuk sfera yang dihasilkan daripada rangkaian-rangkaian segitiga yang kompleks. Segitiga-segitiga ini membentuk kerangka yang teguh dan seimbang menjadikan satu bentuk yang mempunyai kekuatan maksima dengan berat yang minima. Istilah geodesik berasal daripada perkatan Latin yang beerti pembahagian Bumi.
Gerhana Matahari
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan
bulan terletak di antara
bumi dan
matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun
bulan lebih kecil, bayangan
bulan mampu melindungi cahaya
matahari sepenuhnya kerana
bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada
bumi berbanding
matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari
boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus.
Gerhana penuh apabila
matahari ditutup sepenuhnya oleh
bulan disebabkan
bulan berada dekat ke
bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila
bulan hanya menutup sebahagian daripada
matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila
bulan hanya menutup sebahagian daripada
matahari dan cahaya
matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan
bulan yang dikenalii sebagai 'corona'. Gerhana
matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika
gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat kearah matahari secara langsung
kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Glukos
Glukos merupakan gula ringkas yang mudah diserap oleh badan manusia. Glukos
biasa dibina oleh tumbuhan melalui bantuan cahaya
matahari dan klorofil dan mempunyai formula C6H12O6.
Glukos merupakan sumber tenaga segera yang penting bagi tumbuhan dan haiwan.
Untuk tenaga jangka panjang, glukos akan ditukarkan kepada karbohydrat
polysaccharide seperti kanji dalam tumbuhan dan glycogen dalam haiwan. Untuk
pembinaan sel, glukos ditukarkan kepada selulus dalam tumbuhan dan chitin dalam
haiwan.
Gunung
Banjaran gunung dan gunung terbentuk disebabkan
pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak
bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah
satu kerak
bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil. Banjaran gunung
boleh memberi kesan kepada
cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan
awan. Banjaran gunung Alps merupakan banjaran gunung yang terbesar di eropah
dianggap masih muda. Ini dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan
masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan
cuaca,
air, dan
angin.
Nama Gunung | Tempat | Ketinggian (Meter) |
Everest | Himalaya, Asia | 8,848 |
Aconcagua | Andes, Amerika Selatan | 6,959 |
McKinley | Alaska, Amerika Utara | 6,194 |
Kilimanjaro | Afrika Timur | 5,895 |
Vinson | Antartika | 5,140 |
Blanc | Alps, Eropah | 4,807 |
Wilhelm | Papua New Guinea, Asia | 4,509 |
Elbert | Banjaran Rockies, Amerika Utara | 4,399 |
Cook | New Zealand | 3,764 |
Kosciusko | Australia | 2,229 |
Ben Nevis | Scotland | 1,343 |