Undur | Laman Utama | Depan
 
Undur | Laman Utama | Depan
 

 
 
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 

DAFTAR P
2 Zulhijjah 1422

Paduang
Suku kaum Paduang merupakan pecahan etnik minoriti Karen yang terdapat di kawasan Segi Tiga Emas. Kaum wanita Paduang mempunyai tarikan unik kerana mereka mempunyai tengkuk yang panjang. Tengkuk mereka mula dibalut dengan gelang tengkuk tembaga ketika mereka berusia lima tahun lagi dan beransur-ansur ditambah sehingga bahu mereka menurun. Ini menyebabkan tengkuk mereka kelihatan panjang. Tengkuk mereka menjadi lemah dan perlu ditampung sekiranya gelang tengkuk hendak dibuka serta merta. Perempuan Paduang yang didapati bersalah kerana berzina akan dibuka gelang tengkuk mereka, menyebabkan mereka mati lemas apabila leher mereka terkulai. Tradisi ini dikatakan bermula sebagai perlindungan daripada serangan harimau yang mengigit tengkuk mangsa mereka dan ia berkekalan hingga sekarang. Rekod leher terpanjang adalah 15 3/4 inci.

Pantun
Pantun merupakan satu puisi Melayu yang berangkap. Rangkap pantun pada kebiasaannya mempunyai empat rangkap tetapi pantun boleh mempunyai rangkap yang genap bermula daripada dua, empat, enam sehingga empat belas. Setiap pantun mempunyai pembayang, separuh rangkap pertama, dan maksud, separuh rangkap kedua. Setiap baris pantun mempunyai sembilan atau sepuluh suku kata walaupun terdapat rangkap pantun yang mempunyai lapan sehingga dua belas suku kata. Pantun mementingkan keseimbangan bunyi antara rangkap pembayang dengan rangkap maksud.
KaedahMengarangPantun.htm

Papyrus
Papyrus merupakan sejenis tumbuhan yang yang tumbuh dikawasan air cetek dan didapati di Mesir, Habsyah, Jordan dan Sicily. Pokok papyrus boleh membesar sehingga setinggi tiga meter. Pada zaman Mesir purba, batang pokok papyrus yang tumbuh disepanjang sungai Nil telah dipotong nipis dan disusun berselang-seli sebelum diketuk sehingga rata. Dengan cara  ini, helaian papyrus boleh dibuat seberapa panjang yang dimahukan. Papyrus kemudiannya digunakan untuk menulis bagi menggantikan kertas dan kemudiannya digulung untuk disimpan. Pewarna yang diperbuat daripada campuran tumbuhan atau bahan galian juga digunakan untuk melukis gambar warna di atas papyrus. Selain itu, pokok papyrus yang diberkas dan diikat dengan kuat juga pernah digunakan sebagai bot di tasik Victoria dan tasik Titicaca.  Sehingga sekarang papyrus masih diingati sebagai asal kertas iaitu daripada perkataan arab 'qirtas' merujuk kepada helaian papyrus, sementara  bahasa Inggeris 'PAPER'  berasal daripada perkataan latin 'cyperus papyrus.'

Penaga Laut
Penaga Laut merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Nama saintifiknya adalah Callophyllum Inophyllum.

Pengimbas Tomografi Berkomputer
Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) adalah suatu ujian diagnostik yang menggabungkan penggunaan x-ray dan teknologi komputer. Gambaran dalam badan dirakamkan dengan menggunakan sinaran x-ray bergelombang antara 0.5mm hingga 10mm melalui tiub x-ray yang mengelilingi pesakit. Pancaran x-ray diserap pada kadar berlainan bergantung kepada ketumpatan badan seperti tulang, lemak, atau organ dalaman dan alat pengesan akan menukarkan pancaran x-ray menjadi isyarat elektrik. Komputer akan digunakan untuk mengukur kekuatan isyarat, memproses maklumat daripada alat pengesan, dan menukarkannya kepada image digital dua dimensi atau tiga dimensi. Pengimbas Tomografi Berkomputer boleh membezakan struktur-struktur tisu lembut seperti jantung, hati, paru-paru dan lemak, seterusnya diimejkan terus ke filem, berbeza dengan radiografi konvensional. Pengimbas Tomografi Berkomputer sangat berguna untuk mengesan lokasi dan saiz metastasis, barah (tumor) dan ketumbuhan yang besar.
Apakah Tomografi Berkomputer/ CT Scan?

Penyu
Penyu Belimbing
Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cengkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di lautan tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.  Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercengkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Fakta Haiwan Penyu.htm

Perissodactyla
Perissodactyla merujuk kepada mamalia yang mempunyai bilangan jari yang ganjil dan merupakan unguligrades. Ia merujuk kepada haiwan yang berpijak menggunakan tapak (kuku jari mereka). Berlainan dengan Artiodactyla, prissodactyla berpijak dengan menggunakan tiga jari seperti badak, tenuk, dan kuda silam; atau di atas satu jari seperti kuda moden. Pada masa silam, kumpulan prissodactyla merangkumi pelbagai haiwan daripada brontotheres, chalicotheres, Indricotherium yang setinggi lima meter di paras bahu dan merupakan mamalia terbesar pernah wujud dan quagga yang baru sahaja pupus. Kebanyakan keturunan prissodactyla pupus pada akhir zaman Eocene atau Oligocene. Hanya terdapat tujuhbelas spesies prissodactyla yang tinggal dan diantaranya termasuk kuda, zebra (Equidae; lapan spesies yang masih hidup), badak (Rhinocerotidae; lima spesies yang masih hidup), dan tenuk (Tapiridae; empat spesies yang masih hidup).

Pluto
Salah satu daripada sembilan planet dalam Sistem Suria. Pluto merupakan planet terkecil dan terjauh daripada matahari, sejauh 5,913.5 juta kilometer.

Polio
Polio atau poliomyelitis juga penyakit berjangkit yang merbahaya dan berpunca daripada virus yang disebarkan
melalui saluran najis dan mulut. Antara tanda-tandanya ialah demam, meningitis, lumpuh dan akhirnya maut.
Walaupun penyakit ini tidak banyak lagi dikesan di negara-negara perindustrian namun masih berlaku di
negara-negara yang mundur dan kurang membangun. Sebanyak 68 kes polio dikesan di Belanda pada 1992
dan dua mengakibatkan maut.

Popi
Popi sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga bewarna putih, kuning, dan ungu. Getahnya dikumpulkan untuk dibuat chandu dan apabila diproses dengan lebih lanjut ia dijadikan heroin. Banyak popi ditanam dikawasan Segi Tiga Emas. Ketika penaklukan pihak Inggeris, penanaman popi telah digalakkan untuk diperdagangkan dengan China. Ini menyebabkan China menghadapi masalah dengan penagih chandu sehingga akhirnya mencetus peperangan candu Inggeris-China.

Prairie
Prairie merupakan kawasan padang rumput yang luas di Amerika Syarikat yang mengelilingi kawasan gurun. Hujan yang banyak dan suhu yang lebih sejuk menjadikan beribu jenis rumput tumbuh di prairie yang menjadi rumah kepada serangga dan keluarga tikus 'rodent' seperti Anjing Priarie.

Prions
Prions ialah sejenis protin yang menyebabkan penyakit saraf otak seperti penyakit kuru, scrapie dan mad cow disease. Prions dipercayai berpindah daripada satu hos kepada hos yang lain apabila Prions dimakan. Protin Prions didapati tahan suhu yang tinggi dan tahan dimasak. Cara protin Prions membiak tidak diketahui.

Pulai
Pulai merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Nama saintifiknya adalah Alstonia Angustiloba Apocynaceae.
 
 
 

- TAMAT -

LAMAN ILMU