Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR C
30 Syaaban 1422
Cacar Air (Varicella)
Varicella atau cacar air adalah antara penyakit yang paling mudah dijangkiti
oleh kanak-kanak dan menyebabkan kulit melepuh.
Virus ini
turut menyebabkan herpes .oster atau kayap ular. Ia kerap berlaku di kalangan
orang tua namun boleh juga berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun yang tidak
menerima imunisasi lengkap. Di negara beriklim sederhana, 90 peratus mendapat
cacar air sebelum berusia 15 tahun dan 95 peratus menjelang dewasa. Kadar ini
lebih rendah di negara tropika dan paling teruk di kalangan pesakit yang tidak
menerima imunisasi lengkap, remaja dan dewasa lebih-lebih lagi wanita hamil
kerana risiko berlakunya pneumonia cacar air secara mendadak. Kematian berlaku
pada pesakit yang tidak lengkap imunisasinya. Pembawa utama virus varicella
zoster adalah manusia sendiri. Kira-kira 90 peratus yang tinggal serumah dan
terdedah kepada pesakit cacar air akan mendapat penyakit ini kerana
virus
tersebar melalui udara atau sentuhan dengan pesakit. Walaupun rawatan boleh
diperolehi selepas jangkitan namun adalah lebih baik mencegah penyakit ini
daripada berjangkit. Cara terbaik untuk mencegah ialah dengan mengasingkan
pesakit, imunisasi atau vaksinasi.
Cacing Gelang
Cacing Gelang tergolong dalam Kerajaan Haiwan (Animals Kingdom), mempunyai
saraf tunjang (phylum chordata), tidak bertulang belakang (subphylum
inverterbrata), kelas Helminth, filum nematod (berbadan bulat), Spesies Ascaris
lumbricoides. Chacing Gelang mula disebut dalam tulisan-tulisan Yunan, Roman,
Arab, dan China dari
semenjak kira-kira tahun 400 SM hingga TM 1200. Cacing-cacing gelang dewasa
mencecah sehingga 20 hingga 30 cm panjang dan setiap cacing betina mampu
bertelur 20.000 biji telur sehari. Cacing gelang selalunya terdapat di bahagian
duodenum dan jejunum dalam usus kecil pesakit.
Maklumat lanjut cacing gelang
Caspian
Laut Caspian merupakan tasik air masin terbesar di
dunia. Ia terletak
di timurlaut Eropah dan baratdaya Asia. Laut Caspian di sempadani oleh
Azerbaijan dan Russia di barat, Kazakstan di sebelah timur laut dan timur, dan
oleh Iran di bahagian selatan. Laut Caspian menganjur seluas 1210 km (lebih
kurang 750 batu) dari utara ke selatan dan seluas 210 hingga 436 km (lebih
kurang 130 untuk 271 batu) dari arah timur ke barat. Laut Caspian melitupi
kawasan seluar 371,000 kilometer persegi (lebih kurang 143,250 batu persegi ).
Cencaluk
Cencaluk merupakan makanan traditional Melaka yang mengandungi kandungan protin
yang tinggi. Bahan utama dalam pembuatan cencaluk merupakan udang Geragau. Di
negeri Melaka, udang Geragau ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai
Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang
lain. Antara proses yang perlu dilakukan untuk membuat cencaluk ialah udang
geragau yang segar akan dicampurkan dengan garam dan sedikit nasi. Apabila
ketiga-tiga bahan itu sudah sebati, ianya akan diperam dalam sebuah bekas,
biasanya pasu atau tempayan kecil.
http://www.perpustam.edu.my/bparkib/bp299/melaka.htm
Clostridium botulism
Sejenis bakterium anaerobic yang menyebabkan keracunan makanan yang paling
merbahaya. Clostridium botulism tidak memerlukan oksijen untuk hidup dan boleh
hidup dalam makanan yang di tinkan. Clostridium botulism menghasilkan toksin,
yang menyebabkan keracunan makanan kepada manusia, ketika membesar. Sekiranya
tidak dirawat ia boleh membawa maut.
Coxsackie
Coxsackie disebabkan oleh virus Coxsackie, sejenis virus yang boleh menjangkit
sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun. Virus
ini mudah tersebar di dalam keadaan panas dan kering. Virus ini stabil untuk
tempoh masa yang panjang dalam bahan organik yang lembab dan air yang
tercemar.Jangkitan virus ini berlaku di kerongkong, anak tekak(tonsil), tangan,
kaki dan kawasan lampin bentuk ruam dengan lepuh (blister). Disebabkan Coxsackie
menjangkiti bahagian tangan dan kaki Coxsackie juga dikenali sebagai penyakit
kuku dan mulut.
http://www.geocities.com/HotSprings/Villa/2286/index.html