Under | Laman Utama | Depan |
DAFTAR A
16 Syaaban 1422
Abdul Malik b. Marwan
Khalifah Abdul Malik b. Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi).
Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira. Ketika berusia 16 tahun, Abdul
Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Bizantin ketika
pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang
Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).
Beliau sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul
kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Diakhir hayatnya beliau berhasrat melantik
anaknya Marwan menggantikan dirinya, menggantikan pencalunan saudaranya Abdul
Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat
apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan.
Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Marwan dilantik menjadi
penggantinya.
Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati (Ibni Batuta)
Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati (704 – 779H / 1304 – 1372M) merupakan
seorang ahli geografi dari Moroko. Ibni Batuta dilahirkan di Tanja, dan mati di
Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Ibni Batuta merupakan pengembara Islam yang
ulung dan banyak menulis tentang pengembaraan beliau.
http://www.islam.gov.my/informasi/islam/tokoh/tokoh1.html#IBNI BATUTA
Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani (Al Battani /Albategnius)
Nama penuh beliau adalah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Juga
dikenali sebagai Al Battani (Albategnius) (240-317 H / 845- 929H) Lahir di
Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq.
http://www.islam.gov.my/informasi/islam/tokoh/tokoh1.html#AL BATTANI (Albategnius)
Abu Al Wafa’ Mohd b. Mohd b. Ismail b. Al Abbasi. (Al Buzgani)
Abu Al Wafa’ Mohd b. Mohd b. Ismail b. Al Abbasi. juga dikenali sebagai Al
Buzgani (329-388h / 940-998M). Seorang ahli matematik dan astronomi Parsi yang
telah dilahirkan di Bauzijan, Iran dan mati di Baghdad, Iraq.
http://www.islam.gov.my/informasi/islam/tokoh/tokoh1.html#AL BUZGANI
Abu Hurairah r.a.
Abu
Hurairah r.a.dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum
memeluk ugama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang
mashyur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Abu Hurairah
r.a.berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.
Abu
Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W.
berangkat menuju ke Khaibar, dan meninggal di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul
Munawwarah) pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah
r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis. Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati
Imam Bukhari dan
Muslim
berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim
sendiri 189 hadis. Abu Hurairah r.a.sering dikutuk oleh
golongan penentang
hadis kerana beliau merupakan orang yang paling banyak menyampaikan
hadis-hadis nabi S.A.W.
TokohRiwayatAbuHurairah.htm
Abu Mohd. Abd. Latif b. Yusof b. Mohd. (Al Baghdadi)
Abu Mohd. Abd. Latif b. Yusof b. Mohd (557 – 629H / 1162 – 1231) juga dikenali
sebagai Abd. Latif Al Baghdadi.Seorang doktor, ahli sejarah dan sastera Iraq.
Menonjol di dalam bidang nahu, bahasa dan Ilmu Kalam. Menghasilkan 173 buah
kitab merangkumi bidang geografi, kedoktoran, bahasa, fiqh, kritikan satera,
ilmu haiwan, Ilmu Tauhid, sejarah, sains,matematik, pendidikan, sihir, galian,
falsafah dan ketuhanan.
Rujukan:= http://www.islam.gov.my/informasi/islam/tokoh/tokoh1.html#AL BAGHDADI
Air
Air merupakan hidrojen teroksida, iaitu gabungan
hidrogen dan
oksijen (H2O ) yang banyak terdapat di mana sahaja termasuk di
komet sebagai air
batu. Air boleh wujud sebagai pepejal seperti ais atau
salji, cecair dan
wap. Air melitupi 70.8% muka
bumi dan
kebanyakannya sebagai air laut. Air penting kepada semua hidupan
bumi dan mempunyai
ciri-ciri yang mengkagumkan sebagai pelarut, stabil secara kimia, daya pedam
haba, dan banyak jumlahnya. Air batu mempunyai kepadatan yang kurang daripada
air cair, oleh itu ia timbul. Ini berbeza daripada bahan yang lain seperti logam
di mana pepejal logam lebih tumpat daripada logam cair. Air juga memainkan
peranan membentuk muka bumi
melalui hakisan oleh hujan, sungai, pembinaan delta, dan memberi kesan penstabil
kepada iklim bagi
kawasan persisiran pantai dengan daya pendam habanya. Air juga memainkan peranan
penting untuk tamadun dunia sebagai pengangkutan, dan penyaliran untuk pertanian
seperti sungai Nil
di Mesir.
Alam Semesta
Alam Semesta merujuk kepada alam yang kita dapat lihat. Sebahagian pakar sains
percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu
Ledakan Agung
yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat
kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok
Agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok
galaksi yang
lebih kecil. Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompuk Agung, di
mana kita berada dikenali sebagai Kelompok Tempatan. Terdapat 30 galaksi
termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat
Kelompok Tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta
bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit
dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000
tahun cahaya.Bagaimanapun
terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak
seragam. Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk
Sistem Suria
yang terletak di dua per tiga ke tepi
galaksi Bima
Sakti, kira-kira 30 ribu tahun dari pusat.
Sistem Suria
mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat
galaksi Bima Sakti. Dalam
Sistem Suria
pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi
matahari.
Sesetengah planet di
Sistem Suria
memiliki bulan yang
beredar mengelilingi mereka.
Ali bin Isa Al Harani (IBNU ISA AL ASTURLABI )
Beliau ialah Ali bin Isa Al Harani, murid kepada Ali b. Khalaf Al Maududi.
Bekerja di tempat pengkajian di Baghdad dan Damsyik. Turut serta di dalam
berbagai bidang yang diarahkan oleh Al Makmun sekitar tahun 205H / 820M.
http://www.islam.gov.my/informasi/islam/tokoh/tokoh1.html#IBNU ISA AL ASTURLABI
Anjing Prairie
Anjing Prairie mempunyai nama saintifik Cynomys Sp.
Anjing Prairie tinggal dengan menggali lubang di dalam tanah, secara berkumpulan
dalam kawanan yang besar. Ketika mencari makanan, sebahagian daripada mereka
akan bertindak sebagai pengawal secara bergilir-gilir. Anjing Prairie tinggal di
padang rumput yang luas di
Amerika
yang dikenali sebagai
Prairie di mana Anjing Prairie mendapat nama mereka.
Angin
Putaran bumi, edaran
bumi, paksi bumi yang
terteleng pada 23.3°,dan orbit
bumi yang bujur
ketika mengelilingi
matahari menyebabkan bahagian bumi menerima pancaran
matahari yang
berbeza-beza pada setiap tahun. Ini menyebabkan bumi mengalami musim yang
berlainan sepanjang tahun. Pancaran cahaya
matahari kepada
tanah memanaskan udara, yang terapung naik dan bertiup kearah kutub, sementara
air laut juga menjadi
suam dan berputar ke arah kutub. Apabila tiba di kutub, udara atau
air laut akan
kehilangan haba dan menjadi lebih berat dan jatuh ke bawah. Udara atau air laut
yang sejuk itu akan berolak pula kearah khatulistiwa bagi menggantikan udara
atau air laut panas yang bertiup kearah kutub itu. Perolakan udara ini
menyebabkan angin bertiup dan membawa bersamanya awan yang
kemudiannya turun sebagai hujan atau
salji. Kebanyakan
angin dan awan yang memberi kesan kepada
iklim dunia berolak
pada tahap 10 kilometer daripada muka
bumi dalam lapisan udara
yang dinamakan troposphere. Banjaran
gunung boleh
menghalang dan melencongkan angin kearah lain. Olahan
air laut pula penting
kerana selain membekalkan oksijen, olahan ini membawa
air laut yang kaya
dengan nutrian dari dasar laut naik ke atas, dengan itu menentukan kawasan yang
banyak kehidupan laut.
Angin Suria
Angin Suria terdiri daripada zarah bertenaga tinggi yang bergerak beratus
kilometer sesaat dan dipancar oleh
matahari.
Zarah-zarah itu terdiri daripada elektron, proton, dan zarah alpha. Apabila
angin suria sampai ke
bumi, ia mempunyai kelajuan antara 300-500 kilometer. Medan megnet
bumi membalikkan
sebahagian daripada Angin Suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen.
Angin Suria yang melepasi medan megnet
bumi akan membentuk
Tabir Cahaya Utara dan
Tabir Cahaya Selatan. Aktiviti tompokan
matahari dan
marakan matahari meningkatkan kekuatan Angin Suria dan ini menambah tahap
radiasi yang sampai ke bumi, aktiviti Tabir Cahaya, dan boleh merosakkan
satelite dan
stesyen angkasa, oleh itu akan menganggu sistem komunikasi
bumi. Satelite dan
stesyen
angkasa juga mengalami pergeseran dengan angin suria dan ini yang akan
memperlahankan orbit mereka. Akhirnya satelite dan
stesyen
angkasa akan semakin jatuh sehingga terbakar dan terhempas ke
bumi.
Angkor Wat
Angkor Wat
merupakan rumah berhala paling terkenal di seluruh dataran Angkor.
Angkor Wat
dibina oleh Raja Suryavarman II (1113-c. 1150) pada pertengahan abad kedua
belas. Pembinaannya memakan masa selama 30 tahun. Senibina Angkor Wat
melambangkan ciri-ciri keugamaan Hindu. Menara utama di tengah-tengah Angkor Wat
melambangkan Gunung Meru, pusat seluruh Alam Semesta
menurut kepercayaan Hindu.
LawatAngkorWat
Angsana
Angsana merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Biasa terdapat
di kawasan beriklim
tropika. Nama saintifiknya adalah Pterocarpus Indicus.
Anthrax
Anthrax
merupakan satu penyakit yang pada kebiasaannya menjangkiti haiwan ternakan yang
dipelihara dalam keadaan tidak bersih.
Anthrax
merupakan bakterium
pertama yang terbukti menyebabkan penyakit. Pada tahun 1877, Robert Koch berjaya
membiakan
Anthrax, membuktikan keupayaannya membentuk endospora. Manusia boleh
menjangkiti
Anthrax melalui tiga cara, melalui kulit yang menyebabkan kulit melepuh,
melalui permakanan yang menyebabkan serangan pada tali perut, dan melalui
saluran pernafasan yang menyebabkan serangan pada paru-paru. Jangkitan melalui
saluran pernafasan merupakan jangkitan
Anthrax
yang paling merbahaya.
Anthrax
boleh disembuhkan dengan pengambilan ubat antibiotik sekiranya awal dikesan.
Sekiranya tidak dirawat,
Anthrax
boleh membawa maut.
Anthrax
jarang menjangkiti manusia dengan kemungkinan jangkitan pada kadar 1/100,000.
Bakterium
Anthrax juga digunakan sebagai senjata dalam peperangan biokimia. Ini adalah
oleh kerana sifatnya yang membentuk spora yang tahan lama memudahkan ia disimpan
dan disebarkan. Spora
Anthrax
boleh tahan di dalam tanah selama bertahun-tahun dan tahan menghadapi suhu
tinggi.
Lebih lanjut
mengenai penyakit Antrax.
Ariodactyla
Ariodactyla merupakan sebahagian daripada keluarga
Unguligrades;
iaitu mamalia yang mempunyai kuku kaki keras seperti biri-biri, kambing, unta,
babi, lembu, rusa, zirafah, dan antelop tetapi dengan bilangan kuku yang genap.
Kebanyakan haiwan mamalia yang besar adalah ariodactyla. Kebanyakan Ariodactyla
menyesuaikan diri dengan kehidupan di padang rumput dan menjadi sumber susu,
daging, bulu, dan kulit yang penting kepada manusia di seluruh dunia. Berlainan
daripada
Prissodactyla yang mempunyai bilangan tapak kaki yang ganjil, Ariodactyla
mempunyai bilangan jari yang genap.
Armada Sepanyol
Armada Sepanyol juga dikenali sebagai Armada Kebal (Invincible Armada),
ataupun sebagai Armada Agung (La Armada Grande). Raja Phillip II telah
menghantar Armada Agungnya diketuai oleh Duke of Medina Sedonia, terdiri
daripada 125 kapal bersama 30,000 orang ke Calais, untuk bergabung dengan
angkatan Duke Parma (Duke of Parma) dari Belanda. Tujuan
Armada Sepanyol adalah untuk menakluk
England bagi
menghentikan serangan
England,
dibawah pemerintahan Ratu Elizabeth, terhadap kerajaan Sepanyol. Bagaimanapun
Armada Sepanyol itu berjaya dihancurkan oleh angkatan laut
England.
Aurora Australis
Aurora Australis atau Cahaya Selatan dalam bahasa Latin bererti 'fajar selatan'
adalah tirai cahaya yang kelihatan tergantung di langit setinggi 100 kaki.
Cahaya Selatan wujud apabila zarah debu dari angkasa ataupun daripada
angin suria,
dilantunkan kearah kutub oleh medan megnet bumi, melanggar atmospera
bumi dan
menghasilkan cahaya. Tirai cahaya ini juga kelihatan di utara dan dikenali
sebagai Cahaya Utara atau Aurora Borealis.
Lebih lanjut mengenai auora di - http://www.exploratorium.edu/learning_studio/auroras/
Auora Borealis
Auora Borealis atau Cahaya Utara dalam bahasa Latin bererti 'fajar utara' adalah
tirai cahaya yang kelihatan tergantung di langit setinggi 100 kaki. Cahaya Utara
biasanya kelihatan pada 65° hingga 80° utara. Cahaya Utara wujud apabila zarah
debu dari angkasa ataupun daripada
angin suria,
dilantunkan kearah kutub oleh medan megnet
bumi, melanggar
atmospera bumi dan
menghasilkan cahaya. Tirai cahaya ini juga kelihatan di selatan dan dikenali
sebagai Cahaya Selatan atau Aurora Australis.
Lebih lanjut mengenai auora di - http://www.exploratorium.edu/learning_studio/auroras/
Awan
Awan merupakan wap air yang terpelowap dan terapung di udara. Di udara tinggi,
suhu menurun dan wap air akan menjadi lebih tepu dan awan terbentuk apabila wap
air berkumpul
disekeliling habuk atau zarah garam di udara, oleh itu dapat dilihat. Awan
banyak terhasil di kawasan berair seperti atas laut. Ini disebabkan
matahari terik
memancar menjadikan air laut terpelowap. Terdapat pelbagai jenis awan seperti
stratus, kumulus, cirrus, dan kumulusnimbus.
Angin yang bertiup
membawa awan berkumpul dan hujan turun apabila kandungan air menjadi terlalu
banyak dalam udara. Ini biasanya terjadi apabila awan bertembung dengan banjaran
gunung atau bukit.
Sekiranya cuaca terlampau sejuk, wap air dalam awan akan bertukar membentuk
salji. Terdapat
juga keadaan apabila angin mengapung habuk di dalam awan
menyebabkan habuk itu dibasahi oleh wap air. Cuaca yang sejuk pula menukarkan
titisan air itu menjadi air batu dan hujan air batu akan
turun. Kebanyakan awan yang mengakibatkan perubahan cuaca di
bumi terhasil di
lapisan udara Troposhere 10 kilometer dari permukaan
bumi. Awan yang
terhasil antara 10 hingga 50 kilometer di lapisan Stratosphere pula dikenali
sebagai awan tinggi. Angin yang bertiup juga menghasilkan caj pada awan dan caj
ini menghasilkan
halilintar (kilat dan guruh). Pada masa sekarang, manusia dapat menghasilkan
hujan dengan menyembur awan dengan larutan garam. Ini biasanya digunakan bagi
menurunkan hujan di kawasan kemarau ataupun menghasilkan hujan sebelum awan
tebal sampai ke kawasan ramai penduduk, bagi mengelakkan bencana banjir.
Bagaimanapun, teknik ini masih memerlukan jumlah awan yang secukupnya terhasil
sebelum dapat dimulakan.