Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR K
27 Syawal 1422
Kancing Gigi (Tetanus)
Kancing gigi juga dikenali sebagai Tetanus dan tanda-tandanya ialah kekejangan
otot yang menyakitkan. Ia didapati apabila luka dicemari kekotoran yang
mengandungi spora
bacteria yang dinamakan Clostridium tetani. Tetanus penyakit berbahaya yang
membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika. Clostridium
tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus,
luka dan spora, tanah, najis mengandungi
bacteria ini.
Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing
dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan
mencucuk spora jauh ke dalam kulit. Tanda-tanda seseorang itu mendapat tetanus
ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras
hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat,
kekejangan yang menyakitkan. Tetanus mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang
panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan
jantung dan
trombosis. Tetanus hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.
Kapal Selam
Kapal Selam merujuk kepada kenderaan yang bergerak di bawah
air. Dalam tahun 1620
seorang pecipta Belanda, Cornelis Drebble (1572-1634) dikatakan membina sebuah
kapal selam dengan menggunakan perahu diseliputi kulit. Kapal selam ini
dikatakan dapat bertahan selama 15 jam dibawah air dan boleh membawa 20 orang
termasuk 12 orang pendayung. Ia boleh mencapai kedalaman 20 meter dan mencapai
jarak sehingga 10 kilometer. Udara dibekalkan melalui saluran udara yang
bersambung kepermukaan
air dengan menggunakan pelampung. Kapal selam Drebble telah menyelam selama
beberapa jam untuk beberapa kali di sungai Thames,
British.
SejarahKapalselam.htm
Kapal Terbang
Kapal terbang berenjin pertama di dunia dibina oleh pegawai navy Perancis Félix
du Temple de la Croix pada tahun 1874. Kapal terbangnya menggunakan enjin udara
panas berlepas daripada puncak bukit di Brest, Perancis untuk jarak beberapa
meter. Pada 1890, Clément Ader dari Perancis menerbangkan kapal terbang Eole
sejauh 50 meter dengan menggunakan kuasa enjin sepenuhnya. Pada Desember 1903,
Orville Write memulakan sejarah penerbangan bagi
Amerika
Syarikat apabila menerbangkan kapal terbang Flyer 1 pada kelajuan 8 batu
sejam pada ketinggian 12 kaki untuk 12 saat di Caroline Utara.
Karkadeh
Sejenis minuman kebangsaan orang Sudan yang diperbuat daripada bunga
Rosella (Hibiscus
sabdariffa L.), sejenis tumbuhan daripada keluarga bunga raya (Hibiscus
rosasinensis).
Katak
Katak dan kodok tergolong dalam kelompok amfibia. Dalam bahasa Yunani, amfibia
membawa maksud dua alam. Sehingga kini, ada kira-kira 4014 spesies amfibia yang
dikenal pasti. Bilangan ini terbahagi kepada tiga order, 400 genus, dan 34
famili. Semakin jauh ke utara atau ke selatan, taburan haiwan amfibia semakin
kurang. Sebagai contoh, Brazil mempunyai 502 spesies, Ecuador 343 spesies, dan
Indonesia 270
spesies. Ketiga-tiga buah negara itu terletak di kawasan khatulistiwa. Sebagai
bandingan, Itali mempunyai 34 spesies, Jerman 20 spesies, dan
United Kingdom
tujuh spesies. Ketiga-tiga buah negara itu terletak di kutub utara. Kajian
menunjukkan bahawa ada 2900 spesies katak dan kodok di dunia. Di Malaysia,
spesiesnya 158. Familinya pula ada 12. Malaysia mempunyai lima famili sahaja,
iaitu Pelobatidae (katak sarap hutan), Ranidae (katak sejati), Bufonidae (kodok),
Microhylidae (katak mulut kecil), dan Rhacophoridae (katak pokok). Antara
spesiesnya pula termasuklah katak bertanduk Borneo (Megophrys nasuta), katak
bongkok (Rana kuhli), katak pokok empat garis (Polypedates leucomystax), katak
perut kuning (Chaeperina fusca), dan kodok pokok perang (Pedostibes hosei).
Katak mempunyai kulit yang lebih licin dan basah. Kulit kodok pula lebih kering
dan menggerutu kerana dipenuhi oleh bintil. Dari segi fizikalnya, tubuh katak
lebih kecil dan lebih panjang daripada tubuh kodok. Katak turut memiliki kaki
belakang yang lebih panjang daripada kaki hadapan yang membolehkan katak boleh
melompat lebih jauh dan tinggi. Di samping itu, kulit renang di antara jari kaki
belakang katak lebih lebar. Selain itu, dikatakan hampir semua spesies katak
mempunyai gigi, manakala kodok tiada gigi. Selalunya proses mengawan berlaku
pada musim hujan di kawasan berair. Semasa mengawan, yang jantan akan memeluk
yang betina, sama ada di bahagian kaki belakang atau di bahagian ketiak. Katak
betina mengeluarkan beribu-ribu biji telur sementara katak jantan memancutkan
spermanya ke atas telur untuk mensenyawakannya. Setelah disenyawakan, telur
menetas dalam masa enam hingga sembilan hari. Maka keluarlah berudu, yang
mempunyai insang di luar badan untuk bernafas. Berudu tinggal di dalam
air. Selepas 75 hari,
kaki belakang berudu tumbuh. Insang hilang dan digantikan oleh paru-paru yang
terletak di dalam badan. Pada hari ke-96, ekor berudu hilang dan lahirlah anak
katak yang dapat hidup di darat dan di dalam
air. Dengan hal yang
demikian, lengkaplah proses metamorfosis katak.
Maklumat terperinci mengenai katak dan kodak
Keju Biru
Kesemua keju biru diperbuat daripada susu lembu kecuali keju Roquefort Perancis
yang diperbuat daripada susu awal lembu. Warna biru dalam keju biru terhasil
daripada kulapuk biru yang bagus untuk sistem penghadaman. Ketika pembuatan keju
biru, kulapuk benih ditambah kepada susu sebelum diperam selama tiga hingga enam
bulan dalam tempat yang kering dan dingin. Ketika masa pemeraman, kulapuk itu
akan tumbuh dalam rongga yang terbentuk secara asli atau dimesin ketika dalam
proses pembuatan keju tersebut. Kulapuk biru itu memberikan keju biru warna dan
rasa yang berlainan apabila mencapai peringkat matang. Keju biru biasanya
mempunyai kandungan garam yang tinggi sebagai perasa tambahan oleh itu tidak
sesuai untuk pesakit penyakit darah tinggi atau kanak-kanak.
Kelip-kelip
Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya dari keluarga
kumbang Lampyridae yang terdiri daripada lebih 2,000 spesis. Ia terdapat di
kawasan Tropika, kecuali kawasan padang pasir dan gunung. Bentuk badannya tajam
dan berwarna perang tua apabila dilihat dari luar. Kuala Selangor, Malaysia
merupakan salah satu tempat di mana kelip-kelip terdapat dalam jumlah yang
banyak sehingga beribu-ribu. Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala
Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Kelip-kelip sering hinggap pada
pokok bakau jenis 'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Selangor.
Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.
Maklumat tambahan
kelip-kelip
Kencing Manis
Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai Kencing Manis, merupakan
satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat
dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitKencingManisPendahuluan.htm
Kerdil Putih
Kerdil Putih merupakan
bintang yang
mempunyai kecerahan yang rendah. Kerdil Putih terhasil apabila bintang yang
telah kehabisan
hidrogen meletup dalam letupan Supernova. Kerdil Putih mempunyai suhu
permukaan yang tinggi yang kelihatan bewarna putih.
Komet
Komet merupakan gumpalan jisim yang beredar melalui angkasa, dan terdiri
daripada pelbagai bahan dan kandungan yang berlainan setiap komet, dan bergerak
menghampiri
sistem suria secara berkala. Pada kebiasaannya, komet terdiri daripada
bebola salji raksaksa yang mengandungi habuk, batu-batan, air batu, dan gas beku.
Apabila komet menghampiri
matahari,
angin suria
akan menyebabkan sebahagian daripada komet tersebut cair dan terlerai, membentuk
ekor menyala sepanjang berjuta kilometer dan sentiasa bergerak kearah
bertentangan daripada
matahari. Ekor
komet ini dapat dilihat dari
bumi. Ini disebabkan
geseran habuk komet dengan
angin suria.
Ekor komet terbahagi kepada dua bahagian yang jelas, iaitu ekor daripada debu
dan ekor daripada gas. Ekor komet akan kembali menghilang apabila komet menjauhi
matahari. Satu
contoh komet adalah komet Halley yang muncul setiap 76 tahun. Kadang kala
graviti matahari
atau graviti planet lain akan memesongkan komet seperti yang berlaku kepada
komet Shoemaker-levy yang berkecai dan terhempas akibat ditarik oleh graviti
planet Musytari.
Koridor Raya Multi Media (MSC)
Koridor Raya Multi Media (MSC) merupakan kawasan selebar 15 kilometer dan 50
kilometer panjang yang bermula daripada KLCC merentas ke selatan sehingga ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Koridor Raya Multi Media mula
dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh
Datuk Seri Dr Mahathir b.
Mohamad dan disasarkan selama 20 tahun. Dua bandar pintar iaitu Putrajaya,
pusat pentakbiran; dan Siberjaya, bandar pintar dilengkapi dengan industri
Multimedia, pusat Penyelidikan dan Pembangunan, sebuah Universiti Multimedia,
ibu pejabat operasi serta aktiviti perdagangan berteknologi Multimedia. Koridor
Raya Multi Media dilengkapi dengan sambungan utama fiber optik berkapasiti
2.5-10 gigabit sesaat. Tujuh applikasi utama Koridor Raya Multi Media adalah
Kerajaan E, Kad Pintar Pelbagai Guna (MPC), Sekolah Pintar, Telekesihatan,
Perdagangan tanpa sempadan, Pengilangan sedunia, Kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan
http://webmsia.tripod.com/
http://www.mdc.com.my/msc/
Kelompok Tempatan
Di dalam Alam Semesta
terdapat berjuta
galaksi yang terdiri daripada 100,000 juta
bintang setiap
satu galaksi. Galaksi-galaksi
ini akan membentuk kumpulan mereka tersendiri dan Kelompok Tempatan merujuk
kepada kelompok
galaksi yang merangkumi
galaksi Bima
Sakti, di mana Sistem Suria
dan bumi berada.
Terdapat sekurang-kurangnya 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal
pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok Tempatan.
Galaksi terbesar
dalam Kelompok Tempatan adalah Andromeda (M31), Triangulum (M33), dan Bima Sakti.
Kotek Mamak
Kotek Mamak merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Biasa
terdapat di kawasan tropika. Nama saintifiknya adalah Cassia Grandis.
Kura-Kura Bukit
Kura-kura Bukit mempunyai nama saintifik Neosomys Spinosa atau nama Inggerisnya
Spiny Hill Tortoise.