Undur | Laman Utama | Depan
 
Undur | Laman Utama | Depan
 
 
 
  A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

DAFTAR O
25 Zulkaedah 1422

Orang Asli
Orang Asli Malaysia terbahagi kepada 3 kumpulan besar ia itu Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Golongan Negrito terbahagi kepada Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, dan Bateq. Golongan Senoi terbahagi kepada Temiar, Semoi, Semoq Beri, Jahut, Mah meri, dan Che Wong. Golongan Melayu Proto terbahagi kepada Kusia, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai, dan Temuan.
http://www.kempadu.gov.my/jheoa/default.htm   -  Jabatan Orang Asli

Orang Utan
Orang Utan tergolong dalam haiwan mempunyai saraf tunjang (phylum=chordata), bertulang belakang (subphylum=verterbrata), kelas mamalia (class=mammalia), Order=Primates, Super Famili Hominoidea, family=Pongidae, Genus=Pongo, Spesies=Pygmaeus. Orang Utan hanya terdapat di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, orang Utan terdapat di negeri Sabah manakala di Indonesia orang Utan terdapat di Sumatra. Kedua-dua orang utan ini berbeza dari beberapa segi di mana orang Utan Malaysia (Subspesies: Pongo Pygmaeus Pygmaeus) mempunyai karung pipi yang tebal dan besar, sarung tekak yang juga besar serta bentuk muka yang lebih bersegi berbanding dengan orang Utan Sumatra (Subspesies: Pongo Pygmaeus abelii).
http://www.geocities.com/my_jumilah/binatang5.html

Origami
Origami merujuk kepada perbuatan melipat kertas menjadi sesuatu bentuk atau gambaran. Ia mungkin merupakan haiwan, tumbuhan, permainan ataupun barang permainan. Berasal dari Cina, Origami kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan oleh orang Jepun, tetapi hanya di Jepun ia berakar-umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih ataupun kertas bewarna dan terdapat juga sesetengah orang yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.
SeniLipatlepat.htm

Osama bin Laden
Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Osama dikatakan jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan syarikat keluarga Osama terbabit dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah. Ini telah memberi kesan yang mendalam kepada Osama. Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas Osama menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Osama telah menyertai perjuangan rakyat Afganistan menentang pencerobohan tentera Russia.
http://stories.mesra.net/cgi-bin/stories.cgi?ID=5

Osteoporosis
Penyakit reput tulang ataupun yang dikenali sebagai osteoporosis merupakan satu penyakit yang sering menyerang mereka yang telah berumur. Penyakit ini didapati lebih kerap menyerang wanita daripada lelaki. Menurut satu lapuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan bahawa setiap seorang daripada tiga wanita akan mengalami penyakit ini ataupun terdapat kemungkinan sebanyak 67% untuk golongan wanita mengalaminya.
PenyakitOsteoporosis.htm

Ozon
Ozon terdiri daripada tiga molekul oksijen dan amat merbahaya kepada kesihatan manusia. Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmospera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Lapisan ozon ini, wujud di antara lapisan Stratosphere dan Mesosphere dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil dipermukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat lapuran wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan selatan. Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate akan menguraikan molekul ozon menghasilkan klorin.
 
 

 

- TAMAT -

LAMAN ILMU