Undur | Laman Utama | Depan
 
Undur | Laman Utama | Depan
 
 
 
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z  

DAFTAR R
16 Zulhijjah 1422

Raya Puasa
Perayaan yang dirayakan oleh penganut ugama Islam seluruh dunia selepas berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan. Umat Islam akan menunaikan zakat fitrah selewatnya pada pagi hari raya puasa Aidil Fitri sebelum mengerjakan sembahyang Raya. Selepas sembahyang Raya, mereka akan menziarah sanak-saudara dan sahabat-handai. Sedikit wang Raya akan diberikan kepada kanak-kanak yang datang menziarah.

Raya Korban
Perayaan yang dirayakan oleh penganut ugama Islam seluruh dunia bagi memperingati upacara korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Umat Islam akan mengerjakan sembahyang Raya Aidil Adha pada sebelah pagi sebelum menyembelih korban. Seekor kambing, ataupun seekor lembu (dibahagikan kepada tujuh bahagian/orang) akan di sembelih dan dagingnya akan dibahagikan kepada fakir-miskin sebagai sedekah.

Reptilia
Reptilia merupakan haiwan berdarah sejuk yang dibahagi kepada empat order yang masih hidup. Reptilia boleh di dapati diseluruh bumi dari kawasan padang pasir yang kering, di pusat bandar, sehingga beratus meter di dalam laut. Bagaimanapun reptilia tidak terdapat di kawasan kutub dan puncak gunung. Disebabkan reptilia berdarah sejuk, mereka tidak dapat mengawal suhu badan mereka, mempunyai kulit yang bersisik atau berketul yang terdiri daripada selaput bertulang atau bergading, mempunyai kaki yang pendek atau tidak mempunyai kaki  langsung. Kebanyakan reptilia bertelur (oviparous), walaupun sesetengahnya adalah (ovoviviparous), menyimpan telur di dalam perut ibu sehingga menetas. Telur reptilia mempunyai kuning telur berzat dan kulit telur yang kukuh seperti kulit. Pengeraman dilakukan dengan menggunakan haba tanah samada telur diramkan di dalam sarang seperti buaya, atau dalam tanah seperti penyu. Reptilia tidak mempunyai peringkat larva. seperti amphibia. Telur reptilia juga mempunyai kulit liat dan tidak diselaputi gel. Terdapat 5000-6000 spesies reptilia dalam empat order dan tiga sub-kelas.

Roselle
Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Ia mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis)   Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel. Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 m serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
http://www.mardi.my/ver2/info_pack/roselle.htm
 
 

 

- TAMAT -

LAMAN ILMU