Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR T
1 Muharram 1423
Tahun Cahaya
Tahun Cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu
tahun bersamaan 9,460,528,405,000 kilometer. Tahun cahaya digunakan untuk
mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang,
galaksi dan saiz
Alam Semesta.
Taj Mahal
Makam yang diperbuat daripada batu marmar yang dibina oleh Shah Jehan
(1614-1666) sebagai memperingati isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal ketika
melahirkan anak mereka yang ke 14, dimedan pertempuran pada tahun 1529 ketika
Shah Jehan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya. Ia diperbuat daripada
marmar putih, bertaktah batu permata, bersegi lapan dengan sisi terlebar seluas
130 kaki. Dari dasar ke puncak ia mencapai ketinggian 200 kaki. Seramai 20,000
orang pekerja telah mengambil masa selama 20 tahun untuk menyiapkannya. Shah
Jehan merancang unuk mendirikan makam berkembar dengan menggunakan marmar hitam
untuk dirinya sendiri tetapi harapannya terbantut apabila dia diguling oleh
anaknya. Shah Jehan kemudiannya dipenjarakan di Kubu Merah yang terletak
berhampiran dengan Taj Mahal. Dikatakan Shah Jehan menghabiskan sisa hayatnya
dengan merenung Taj Mahal melalui tingkap penjaranya. Apabila dia meninggal,
Shah Jehan dikebumikan di Taj Mahal disamping isterinya. Erti Taj Mahal adalah 'Mahkota
kepada Mahligai'.
Taman Negara
Taman Negara terletak di sempadan negeri-negeri Pahang Darul Makmur, Terengganu
Darul Iman dan Kelantan Darul Naim dan meliputi kawasan hutan hujan seluas 4343
kilometer persegi yang berusia 130 juta tahun. Gunung Tahan, iaitu gunung
tertinggi di
Semenanjung Malaysia juga terletak di Taman Negara. Taman Negara boleh
dijelajahi melalui - Kuala Tahan, Kuala Koh dan Kuala Pertang. Taman ini
mempunyai banyak kawasan makanan untuk haiwan misalnya di Jenut Belau dan
merupakan tempat kediaman kebanyakan hidupan liar yang semakin pupus, termasuk
harimau,
tenuk,
gajah,
rusa, babi hutan , pelanduk, seladang dan lain-lain lagi. Nama asal Tanam Negara
sebelum merdeka adalah Taman Negara King George V.
http://www.phg.lib.edu.my/tamanN.htm
Tarian Asli
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu - lagu melayu asli dengan mengikuti irama
lagu - lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang
dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang
, Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
Tarian Asyik
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih ,
oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan
penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke
dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian
tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan
dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang
digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
Tarian Ayam Didik
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan
yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli
tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian Balai
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan
oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang
berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
Tarian Canggung
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung
berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang
dunia kedua
Tarian Siti Wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena
dengan temasya dan permainan wau.
Tarian Cinta Sayang
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini
menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para
nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian Dabua
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang
berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian Gambus
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah
dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri
Arab.
Tarian Gamelan Pahang
Gamelan mula diperkenalkan ke Pahang sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Muazam Shah yang pertama, yang ditabalkan pada 6 Ogos 1882 hingga 9 Mei 1914.
Atas daya usaha Tengku Ampuan waktu itu iaitu Wan Fatimah (Wan Cha) gamelan
telah dipertingkatkan lagi dan langkah ini kemudiannya dituruti oleh isteri
kedua Sultan Ahmad Muazam iaitu Che Bedah yang melahirkan puteri Tengku Meriam.
Apabila Tengku Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan ditabalkan sebagai
Tengku Ampuan di Terengganu, gamelan telah dibawa bersama dan dikembangkan di
negeri Terengganu. Gamelan dimainkan dalam istana. Biasanya dimainkan atas titah
Raja yang memerintah. Gamelan akan dimainkan dalam majlis formal seperti dalam
majlis pertabalan Raja, majlis ulangtahun pemerintah, menyambut kedatangan
utusan dari luar, majlis santapan diraja dan majlis perkahwinan diraja.
http://www.phg.lib.edu.my/gamelan_pahang.htm
Tarian Inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak
pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
Tarian Joget
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian
sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
Tarian Kuda Kepang
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri
kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa
cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para
sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai
cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan
mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas
persembahan.
Tarian Labi-Labi
Tarian Labi-Labi dikatakan berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi
alat musik biola dan gong. Tarian ini bercorak komedi. Para penarinya terdiri
daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian Melayu tradisi selengkapnya
iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya seperti gerak labi-labi.
Penari yang berlagak sebagai anak- labi-labi akan keluar daripada sarangnya lalu
cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penari-penari. Alat-alat muzik
yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai.
Tarian Labi-Labi juga popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di
daerah Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.
http://www.phg.lib.edu.my/tarian_labi.htm
Tarian Mak Inang
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan
pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian Mak Yong
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal
dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan,
Kedah, serta di Kepulauan Riau -
Indonesia.
Lebih lanjut mengenai Mak Yong
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah
cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah
diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal
dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Zapin begitu porpular pada
tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung
Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam
majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat
utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari
dalam rentak yang cepat. Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil
inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin.
Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri
Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini
dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari
Singapura.
http://www.phg.lib.edu.my/zapin_pekan.htm
Tasik Titicaca
Tasik Titicaca di Amerika Selatan dengan ketinggian 3,800 meter dari aras laut
merupakan tasik tertinggi di dunia.
Tasik Victoria
Tasik Victoria merupakan tasik air tawar seluas 68,000 kilometer persegi dan
merupakan sumber perikanan tepenting bagi negara Uganda. Tasik Victoria juga
merupakan punca
sungai Nil Putih. Terdapat banyak pokok papyrus yang tumbuh di tasik
Victoria. Batang pokok papyrus ini pernah digunakan sebagai bot untuk menangkap
ikan sebelum digantikan dengan bot yang diperbuat daripada kayu. Untuk membuat
bot, batang-batang
papyrus yang berbentuk seperti batang tebu tetapi berongga akan diikat kemas
membentuk bot atau rakit.
Tembok Besar Negeri China
Tembok besar negeri China dibina untuk mempertahankan
China daripada
serangan orang-orang nomad di sebelah utara. Pada asalnya tembok besar negeri
China merupakan rangkaian kubu pertahanan yang dibina sepanjang sempadan China
dengan orang-orang nomad utara. Ketika Maharaja Shih Hwang Ti (Shihuang)
daripada Dinasti Qin memerintah, Maharaja Shih Hwang Ti telah memerintahkan
pembinaan satu tembok yang berterusan yang menyambungkan kesemua kubu-kubu kecil
tersebut. Pembinaan tembok besar negeri China berlanjutan selama 200 tahun
sehingga Dinasti Ming pada 221 Sebelum Masihi. Tembok besar negeri China yang
ada sekarang bermula daripada banjaran tinggi Genting Shanhaiguan di wilayah
Hebei dan berlanjutan sehingga Jiayuguan di Wilayah Gansu. Tembok besar negeri
China merentangi sejauh 6,700 kilometer dan binaannya adalah setinggi 6.6 meter.
Bahagian asasnya mempunyai kelebaran 6.5 meter dan selebar 5.5 meter di bahagian
atas. Pada tahun 1987, pihak UNESCO telah mengistiharkan Tembok Besar Negeri
China sebagai satu warisan dunia.
Tenuk
Tenuk ataupun dikenali juga sebagai tapir merupakan sejenis haiwan yang
mempunyai kaitan dengan leluhur keturunan kuda silam dan badak silam semenjak 55
juta tahun dahulu. Tenuk pada zaman silam pernah mendiami kawasan Eropah,
Amerika Utara dan Asia Tenggara, termasuk Cina. Fossil tenuk tidak dijumpai di
benua Afrika, Australia, atau Antartik. Tenuk tergolong dalam Kerajaan Haiwan,
mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum
verterbrata), kelas Mamalia, order=Perissodactyla (Termasuk Tenuk, Badak, Kuda),
dari keluarga Tapiridae (Tenuk), Genus Tapirus (Tenuk)
FaktaHaiwanTenuk.htm
Thaipusam
Perayaan bagi pemeluk ugama Hindu untuk merayai hari keputeraan Lord Subramaniam
pada setiap hari bulan penuh bulan Januari setiap tahun. Pemeluk ugama Hindu
akan mengambil peluang untuk menyampaikan nazar masing-masing dangan membawa
kavadi. Pada waktu malam, mereka akan berarak membawa patung berhias sepanjang
jalan raya.
Tok Janggut
Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Selepas Perjanjian
Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan
mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang
diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di
negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai
kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen
setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram,
Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai
takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis
diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui
Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan
yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas
kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff
pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri
Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran
berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji
Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada
masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam
pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh.
Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa
satu hari. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank
(Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir
Pekan.
http://www.kelantan.gov.my/p_tumpat.htm
http://www.geocities.com/Athens/Cyprus/7181/history/tukjanggut.html
Tok Selehor
Nama sebenarnya adalah Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman bin Senik. Dilahirkan
pada tahun 1871 di Kampung Lubuk Jong, (di kawasan pondok Selehor) di pinggir
Sungai Selehor. Ibunya bernama Mek Wi binti Muhammad Amin.Tok Selehor
menghabiskan pengajian al-Quran dengan bapanya sendiri seorang guru al-Quran
yang dikenali ramai iaitu Haji Uthman bin Senik. Tok Selehor adalah seorang
ulama' yang telah memasyhurkan nama sebuah kampung pedalaman di jajahan Tumpat
kerana ilmu pengetahuan yang disebarkan kepada para pelajar yang membina
pondok-pondok di Kampung Selehor (Kini kampung ini lebih dikenali dengan nama
Kampung Kok Pasir). Murid Tok Selehor bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan
tetapi juga mereka yang datang dari Patani, Kemboja, Pelembang, Jawa, Siak dan
seluruh Tanah Melayu. Beliaulah ulama semasa dengan Tok Kenali bahkan dikenali
sebagai ulamak' lima serangkai yang paling masyhur di kalangan rakyat Kelantan.
Mereka ialah Tok Selehor (1871-1935) dari Tumpat, Tok
Kenali (1868-1933) dari Kota Bharu, Tok Bachok (1860-1953) dari Bachok, Tok
Jelapang(1861-1934 dari Pasir Mas dan Tok Kemuning(1885-1934) dari Machang.
Beberapa hari selepas pulang daripada memburu rusa, Tok Selehor ditimpa sakit
kepala yang melarat dan selepas lapan hari, iaitu pada malam Khamis 18 Zulkaedah
1353, bersamaan 20 Februari 1935 jam 8.30 malam Tok Selehor meninggal dunia
dalam usia 64 tahun.
http://www.geocities.com/ediramle_ismail/tok_selehor.htm
Tongkat Ali
Tongkat Ali merupakan tumbuhan yang amat dikenali dalam perubatan melayu.
Terdapat dua jenis pokok yang dikenali sebagai Tongkat Ali iaitu (Tongkat Ali )
Eurycoma longifolia dan (Tongkat Ali Bukit) Eurycoma apiculata. Terdapat dua
jenis Tongkat Ali biasa (Eurycoma longifolia), iaitu jenis tidak berbunga dan
jenis yang mampu menghasilkan buah sebelum berbunga. Tongkat Ali biasa (Eurycoma
longifolia) yang tidak menghasilkan bunga digunakan sebagai pemberi tenaga.
Tongkat Ali Bukit (Eurycoma apiculata) pula boleh digunakan sebagai tuba.
Tuk Kenali
Tuk Kenali dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
kira-kira pada tahun 1287H (1868M*) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan
Muhammad II (1837-1886M). Nama asalnya adalah Muhammad Yusof bin Ahmad (Pernah
disebut sebagai Awang sahaja). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala
Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan
murni. Pada tahun 1887M (1305H) ketika berusia 18 tahun, Tuk Kenali mengembara
ke Mekah untuk menuntut dan menunaikan haji. Muhammad Yusof bin Ahmad mengalami
banyak kesukaran ketika menuntut ilmu. Setelah selesai menuntut ilmu, Muhammad
Yusof bin Ahmad pulang dan mula membuka pondok Kenali pada 1911M (1329M). Pondok
Kenali menjadi tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama
di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , Muhammad Yusof bin Ahmad menjadi guru
di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat
pengetahuan agama terbesar di Kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung
sebagai Serambi Mekkah. Muhammad Yusof bin Ahmad merupakan salah seorang
daripada ulamak' lima serangkai yang paling masyhur di kalangan rakyat Kelantan.
Mereka ialah Tok Kenali (1868-1933) dari Kota Bharu, Tok
Selehor (1871-1935) dari Tumpat, Tok Bachok (1860-1953) dari Bachok, Tok
Jelapang(1861-1934 dari Pasir Mas dan Tok Kemuning(1885-1934) dari Machang.
Muhammad Yusof meninggal ketika berusia 65 tahun pada hari Ahad 19 November
1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya. Muhammad Yusof dikebumikan di
perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali kilometer 5 jalan
Pasir Puteh, kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri.
http://www.geocities.com/ediramle_ismail/tukenali.htm
Tulisan Braille
Konsep tulisan braille di asaskan oleh seorang Perancis,
Louis Braille
sekitar 1829. Ia merupakan 6 titik timbul yang disusun dalam 3 baris dan 2 kolum
setiap huruf bagi melambangkan aksara abjad dan nombor, untuk membolehkan orang
buta membaca dengan menggunakan deria sentuh mereka. Sistem braille itu sentiasa
diperelokkan dan sehingga kini terdapat pelbagai tanda untuk membolehkan
penulisan untuk nota musik, bahasa Arab, bahasa Malaysia, metamatik, dan
lain-lain dilakukan dan membolehkan buku-buku braille dicetak. Terdapat dua
peringkat tulisan braille. Peringkat pertama adalah setiap huruf atau nombor
dicetak dalam tulisan braille, peringkat kedua mengandungi lebih kurang 300
kependekan bagi sesetengah perkataan seperti org untuk orang. Kependekan sistem
braille kedua membolehkan buku braill yang lebih nipis dicetak, dengan itu
mengurangkan ruang dan kos yang diperlukan untuk menghasilkan buku-buku braille.
Kini terdapat pencetak yang dapat mencetak buku-buku braille dengan pantas,
tetapi masih belum berupaya untuk mencetak gambar untuk digunakan dalam
buku-buku braille. Tahukah anda bahawa buku braille dapat dicetak dikedua belah
halaman seperti buku biasa dan boleh dibaca tanpa memerlukan cahaya. Ia juga
boleh dibaca tanpa melihatnya seperti di bawah meja. Pada masa sekarang, orang
buta juga dapat menafaatkan komputer untuk menggunakan sistem pertuturan buatan
'speech synthetiser', bagaimanapun harga komputer yang mahal menyebabkan buku
braille masih lagi lebih mudah digunakan. Mungkin di masa akan datang peralatan
yang lebih kecil membolehkan orang buta untuk membaca dengan lebih mudah.
http://www.hotbraille.com/r_braille.asp
Allahyarham Tun Abdul Razak
Tun Abdul Razak, negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran
dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau lebih dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Malaysia. Tun Abdul Razak dilahirkan di Pekan, Pahang pada tanggal
11 Mac 1922. Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak
menggantikan Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj. Beliau meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat
sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976 dan digantikan oleh
Tun Hussein Onn.
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunAbdulRazak.htm
Allahyarham Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn adalah anak sulung pejuang nasionalisma dan pengasas UMNO,
Dato'Onn bin Jaafar. Beliau dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru. Tun
Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak
sebagai Perdana Menteri yang ke 3. Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun, Tun
Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990, Tun
Hussein Onn meninggal dunia dan beliau disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur. Beliau digantikan oleh
Datuk Seri Dr Mahathir b. Mohamad.
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm
Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan
keharmonian negara. Beliau adalah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul
Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di
Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Penglibatan Allahyarham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai
Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau
bersara pada tahun 1970. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut
terbabit dalam perundingan dengan ketua kanan parti komunis Malaya Chin Peng di
Baling, 18 Disember 1955 bagi menamatkan
darurat, tetapi
gagal menemui kata sepakat. Pada 6 Disember 1990, Tunku Abdul Rahman, Bapa
Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat
di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.
Seluruh negara bersedih dengan pemergian beliau. Beliau digantikan oleh
Tun Abdul Razak.
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm
Tulang Daing
Tulang Daing merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Biasa
terdapat di kawasan tropika. Nama saintifiknya adalah Callerya Atropurpurea.
Tuntung
Tuntung juga dikenali dengan nama saintifiknya Batagur
Baska atau nama Inggerisnya River Terrapin.
Tuntung biasanya membuat sarang di tebing sungai tempat ia tinggal dengan
menggali sebuah lubang sedalam 2 kaki. Ia akan bertelur sebanyak 10 hingga 30
biji yang akan menetas dalam masa 70 hari. Telurnya boleh dimakan dan manusia
merupakan ancaman utama yang menyebabkan tuntung diancam kepupusan sama ada
dengan pengutipan telur tuntung untuk dijual ataupun aktiviti pemaju seperti
pengambilan pasir sungai atau oleh pembalakan luar kawal.