Undur | Laman Utama | Depan |
Hadrah
Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis
alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
Halilintar
Apabila angin bergesel dengan
awan, caj negetive
berkumpul pada awan rendah, sementara awan tinggi dan
bumi mempunyai caj
positif. Apabila caj menjadi terlalu tinggi, arus letrik akan mengalir melalui
pertukaran caj positif dan negetif dan kilauan cahaya yang kita panggil kilat
terhasil. Keadaan ini selalunya berlaku di kawasan dimana suhu permukaan bumi
yang panas menjadikan molekul udara lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak
caj eletrik daripada biasa. Pergerakan arus letrik ini juga akan menggerakkan
udara dengan mengejut dan ini menghasilkan gelombang bunyi yang kita panggil
guruh. Sekiranya kita berada dekat dengan kawasan kilat terhasil, gelombang
bunyi dan cahaya akan sampai hampir serentak dan halilintar terhasil. Sekiranya
kita berada jauh dari kilat, kilat akan kelihatan terlebih dahulu dan diikuti
beberapa saat kemudian oleh guruh. Semakin jauh kita dari kilat, semakin lama
perbezaan masa antara kilat dan guruh yang kedengaran itu. Sekiranya hanya kilat
yang terang kelihatan tanpa diikuti bunyi guruh, ia mungkin terhasil disebabkan
pengaliran caj antara awan tinggi dan rendah dan dikenali sebagai kilat
gajah.
Halon
Halon merupakan kependekkan bagi gas hidrokarbon di halogenate (halogenated
hydrocarbon), sejenis gas yang stabil. Gas halon tidak terbakar, oleh itu gas
halon digunakan dalam sistem pemadam kebakaran. Gas halon akan memenuhi ruang
yang dilindungi bagi membantutkan bekalan oksijen kepada api, dan api akan
terpadam kerana ketiadaan oksijen. Cara ini menyebabkan gas halon banyak
digunakan di tempat di mana air boleh membawa kerosakan yang lebih teruk seperti
di bilik komputer, atau di kilang kimia seperti kilang magnesium. Bahan kimia
seperti magnesium akan bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas
hidrogen, yang mudah meletup apabila terdedah kepada api.
Keburukan gas halon adalah gas halon juga boleh membunuh manusia yang
terperangkap dengan melemaskan mereka. Selain itu, gas halon yang stabil itu
boleh sampai ke lapisan
ozon dan memusnahkan lapisan ozon. Gas halon akan bertindakbalas dan
memusnahkan ozon, yang terdiri daripada 3 molekul oksijen. Dengan itu di bawah
Protokol Montreal, kesemua sistem gas halon perlu diganti dengan sistem yang
lebih mesra alam sebelum akhir tahun 2003.
Hanyutan Benua
Teori Hanyutan Benua menyatakan bahawa kerak
bumi terapung di
atas magma (batu cair) dan hanyut secara perlahan-lahan. Kerak bumi dipecahkan
kepada 10 kepingan kerak dikenali sebagai lithospherik dan sempadan lithospherik
ditandai oleh banjaran gunung berapi dan kawasan
gempa bumi.
Tiga jenis sempadan lithospherik adalah seperti berikut :- Pertama apabila kerak
bumi menjauhi sesama sendiri dan magma keluar untuk membentuk kerak baru yang
dipanggil rabung lautan 'mid-ocenic ridge'. Kedua 'subduction zone', di mana
kerak bumi bertembung dan menjulang ke atas menghasilkan
gunung atau
apabila satu kerak terbenam di bawah kerak yang lain menghasilkan gunung berapi.
Yang ketiga dikenali sebagai 'transform fault', dimana kerak bumi bergerak
berselisih sesama sendiri. Di antara kepingan kerak bumi adalah kepingan Amerika
Utara, Kepingan Amerika Selatan, Kepingan Eurasian, Kepingan Afrika, Kepingan
India, Kepingan Pasifik, dan lain-lain.
Hassan al-Basri
Nama penuh al-Hassan al-Basri adalah al-Hassan b. Abil-Hassan al-Yassar. Ayahnya
merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Disitu, bapanya berkahwin dengan
ibunya al-Khayrah. al-Hassan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa
pentakbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi).
Pernah menyusu pada Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar
melaksanakan suruhan beliau. al-Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa
orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulamak terkemuka dalam
peradapan Islam. al-Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah
(728 Masihi). Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan
Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
Helium
Sejenis gas nadir yang stabil pada jumlah kecil dan tidak terbakar. Helium
membentuk cecair pada suhu 4°K (-269°C). Helium lebih ringan daripada udara dan
digunakan dalam kapal udara dan belon, menggantikan gas
hidrogen, untuk
terapung di udara. Helium juga dicampurkan dengan oksijen untuk pernafasan bagi
penjelajahan laut dalam. Helium tidak mempunyai warna, bau, dan rasa dan
dinamakan sempena perkataan Greek helios
bererti matahari.
Dalam matahari,
jisim hidrogen ditukar menjadi helium pada kadar 600
juta tan sesaat.
Hempedu
Hempedu, juga dikenali sebagai pedal, merupakan satu organ yang menghasilkan
cecair hempedu yang digunakan untuk memproses lemak. Lemak akan dipecahkan oleh
cecair hempedu kepada bahagian lebih kecil untuk proses penghadaman di dalam
usus kecil. Hempedu haiwan seperti ikan kembung atau ayam rasanya pahit. Otot
hempedu atau pedal akan mengucup dan menolak cecair hempedu melalui salur
hempedu.
Hidrogen
Hidrogen dikatakan sebagai unsur pertama wujud dan terbanyak selepas pembentukan
Alam Semesta.
Dalam matahari
molekul hidrojen di tukarkan kepada helium melalui
pelakuran nuklear pada kadar 600 juta tan sesaat. Hidrogen merupakan unsur
paling ringan, dengan dua atom hidrogen membentuk satu molekul hidrogen.
Hidrogen wujud secara bebas, dan juga sebagai sebahagian daripada air, bahan
galian, dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula melalui elektrolisis
air dan melalui
pemprosesan petrolium. Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup apabila bercampur
dengan oksijen dan didedahkan kepada api. Hidrogen membentuk 3 isotop, protium,
deuterium, dan tritium, mengandungi 0, 1, dan 2 neutron. Hidrogen digunakan
dalam pross penghasilan methanol, amonia, dan asik hidroklorik. Hidrogen pernah
digunakan untuk mengisi kapal udara tetapi sifatnya yang mudah meletup apabila
bercampur dengan oksijen dan terkena api menyebabkan hidrogen digantikan dengan
gas helium. Sebelum bermulanya peperangan dunia kedua,
German pernah kehilangan kapal udara
Hindenburg
apabila gas hidrogen yang digunakan untuk mengisi
Hindenburg
meletup dan terbakar.
Hikayat Puteri Balqis
Hikayat Puteri Balqis merupakan kisah mengenai Puteri Balqis yang telah
disesuaikan dengan masyarakat tempatan Minangkabau. Hikayat Puteri Balqis
ditulis dengan tujuan dibaca dengan kuat kepada para pendengar. Ayatnya berirama
dan mempunyai ulangan untuk penekanan kesimbungan antara bab.
Hikayat
Puteri Balqis Bab 1
Hepatitis A
Hepatitis A merupakan sejenis
penyakit
kelamin. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang
teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu
daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu hingga
sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan. Sebahagian
besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit ringan terutama di
kalangan kanak-kanak. Hepatitis A jarang menyebabkan kematian dan mempunyai
kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku pada pesakit tua yang
mendapat penyakit ini dengan mendadak. Virus hepatitis A tersebar melalui
saluran najis, mulut serta saluran penghadaman. Kerang, tiram, dan kima (siput
besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan
betul. Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti.
Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100
kali lebih tinggi daripada demam kepialu. Kematian akibat hepatitis A dilaporkan
lebih dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 tahun dan meningkat
hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun. Kajian yang
dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada penduduk
Malaysia di bawah
usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A.
Hepatitis B
Hepatitis B merupakan sejenis
penyakit
kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk
dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau
cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada
HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk,
pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau
keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada
cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di
dunia. Sebanyak 80
peratus daripada barah hati jenis primary hepatocellular carcinoma (PHC) di
seluruh dunia disebabkan komplikasi jangkitan HBV. Jangkitan daripada ibu kepada
bayi baru lahir mengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis atau PHC.
Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 350 juta pembawa jangkitan hepatitis B
kronik seluruh dunia.
Vaksinasi menentang hepatitis B di kalangan remaja dan kanak-kanak dilakukan di
banyak negara termasuk
Amerika
Syarikat, Perancis dan Itali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan
matlamat imunisasi menyeluruh menentang hepatitis B di semua negara endemik (dengan
kadar pembawa lebih tinggi daripada dua peratus) menjelang 1995. Semua negara
mesti mempunyai program imunisasi menjelang 1997. Di negara-negara yang tidak
mempunyai program imunisasi menyeluruh, kumpulan-kumpulan yang dianggap
mempunyai risiko serangan hepatitis B ialah anak-anak yang ibunya telah
dijangkiti, homoseksual dan heteroseksual dengan berbilang pasangan, penagih
dadah yang menggunakan suntikan, pekerja yang terpaksa menyentuh darah atau
cecair badan orang lain, pekerja kesihatan, dan penerima pemindahan organ
manusia.
Imunisasi Hepatitis B - http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/imunisasi_hepatitis_b.htm
Hepatitis B
- http://www.health.com.my/bayi/bayi16.shtml
Hindenburg
Kapal udara Hindenburg sepanjang hampir 800 kaki menggunakan
hidrogen sebagai bahan pengapung. Ini disebabkan
Amerika
Syarikat, sebagai satu-satunya negara pengeluar gas helium,
enggan menjual helium kepada negara asing pada masa itu. Hindenburg telah
digunakan oleh pihak Nazi sebagai lambang kemajuan dan kecanggihan teknologi
German dan digunakan untuk membawa penumpang berulang-alik antara Frankfurt ke
New York. Setelah terlewat sampai disebabkan bertembung dengan angin songsang,
Hindenburg sedang mendarat di dermaga Lakehurst di pinggir New York pada 6 May
1937 pukul 7.35 petang apabila Hindenburg meletup dan terbakar mengakibatkan
tiga puluh enam daripada sembilan puluh penumpangnya terkorban.