Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR J
20 Syawal 1422
Jadual perkalaan
Jadual perkalaan ialah jadual susunan bahan asas mengikut berat atom dan juga
sifat bahan tersebut.
http://www.netcolony.com/members/mabah40/Ilmu/s/jadual_berkala.htm
Jangka suhu
Jangka suhu pertama di cipta oleh ahli falak Itali, Galileo yang menggunakan
udara. Kemudian dia menggunakan alkohol sebagai pengukur perubahan suhu. Tetapi
jangka suhu tersebut tidak dapat memberikan ukuran perubahan suhu dengan tepat.
Pada tahun 1714, seorang pakar sains Jerman, Gabriel Daniel Fahrenheit mereka
jangka suhu yang mengggunakan raksa sebagai agen pengukur. Skala yang digunakan
olehnya digelar Fahrenheit dan menunjukkan 32°F sebagai takat beku dan 212°F
sebagai tahap beku. Pada tahun 1741 seorang pakar falak Swedish, René de Réaumur
menetapkan takat beku pada 0°C dan takat mendidih kepada 100°C. Unit ukuran ini
dipanggil Celcius sempena namanya.
Japanese Encephalitis (J.E)
Penyakit Japanese Encephalitis (J.E) merupakan penyakit berjangkit yang
berbahaya. Ia menyebabkan keradangan (pendarahan) otak akibat tindak balas
sel-sel dan boleh membawa maut. Japanese Encephalitis membiak di dalam perumah
babi dan boleh menjangkiti manusia melalui vektor nyamuk.
http://www.perpustam.edu.my/bparkib/bp299/sudutilmu.htm
Jantung manusia
Jantung terdiri dari serabut-serabut otot khusus yang bekerja secara automatik
dan tetap. Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang yang dipanggil atrium kiri,
atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Terdapat sistem injap yang
menyambungkan antara ruangan yang berlainan.
Jantung manusia.
Jemerlang Laut
Jemerlang Laut merupakan pokok saka hiasan yang ditanam di tepi jalan. Biasa
terdapat di kawasan tropika. Nama Inggerisnya adalah Yellow Flame. Nama
saintifiknya adalah Peltophorum Pterocarpum
Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart
Nama penuh Mozart adalah Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart.
Beliau berketurunan Austria dan dilahirkan pada 27 Januari 1756. Mozart
menggelarkan dirinya sendiri sebagai Wolfgang Amadé ataupun Wolfgang Gottlieb
dan merupakan penggubah musik klassik Viennese yang teragung. Mozart dianggap
penggubah music paling berjaya, berbakat dan serba-boleh kerana kebolehan beliau
mengarang semua genre musik yang terkenal pada waktu itu.
TokohMozart.html
Johanes Gensfleisch Gutenberg
Johanes Gensfleisch Gutenberg merupakan pencipta mesik cetak bergerak. Johanes
Gensfleisch Gutenberg dilahirkan di Mainz, Germany pada 1397. Johanes
Gensfleisch Gutenberg meninggal pada tahun 1468 dan ditanam di gereja
Franciscan, Mainz.
TokohJohannesGutenberg.html