Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR L
4 Zulkaedah 1422
Laut Baikal
Laut Baikal merupakan tasik terdalam di dunia dengan kedalaman mencecah sehingga
2 kilometer.
Laut Caspian
Laut Caspian merupakan tasik terluas, merangkumi 371,000 kilometer persegi.
Laut Mati
Laut Mati terletak 395 meter di bawah paras air laut. Air hujan melarutkan garam
dalam tanah kedalam sungai dan seterusnya mengalir masuk ke Laut Mati selama
beribu tahun, dan ini telah menjadikan Laut Mati tujuh kali lebih masin daripada
air laut.
Ledakan Agung
Dengan mengukur sudut pergerakkan Kelompok Tempatan dan galaksi, pakar sains
percaya bahawa permulaan
Alam Semesta
bermula dengan satu satu vakum dan dari satu titik tumpuan berlaku satu Ledakan
Agung sekitar 15,000 juta tahun dahulu yang mewujudkan ruang, masa, tenaga, dan
jirim. Mengikut teori ahli sains, daripada saiz sebiji kacang,
Alam Semesta
berkembang sebesar matahari
dalam satu per seratus saat. Unsur hidrogen dan
helium terbentuk
dua minit selepas Ledakan Agung dan berterusan sehingga 300,000 tahun. Daripada
unsur hidrogen dan helium terbentuk unsur-unsur lain dan bintang dan galaksi
terbentuk 12,000 juta tahun selepas Ledakan Agung. Dengan mengukur perbezaan
gelombang cahaya bintang yang jauh, saiz
Alam Semesta
telah dikira dan daripada kiraan tersebut sesetengah pakar sains percaya
Alam Semesta
terus berkembang sehingga sekarang pada kelajuan yang meningkat. Bagaimanapun,
terdapat pakar sains yang mempertikaikan teori itu disebabkan masih terdapat
unsur yang masih belum dapat diukur, yang dikenali sebagai unsur gelap 'Dark
Matter'. Sekiranya Alam Semesta terus berkembang, pada suatu masa nanti tidak
akan terdapat cukup jisim untuk memenuhi semua ruang dan selepas bintang
terakhir menghabiskan bahan bakarnya, seluruh
Alam Semesta
akan berakhir dengan kegelapan dan kedinginan
Lidah Buaya
Herba saka sukulen (berair) yang tumbuh sehinggga 45-50 cm tinggi. Daun berisi
(fleshy), berwarna hijau muda, teratur secara rosette dan dipenuhi dengan
bintik-bintik bulat. Daun berbentuk lanceolate, hujungnya tajam, pangkalnya
bersarung dan tepinya berduri. Nama saintifik : Aloe vera (L.) Burm. f. dari
keluarga Liliaceae
Maklumat lanjut Lidah Buaya
Lohong Gelap
Lohong gelap merujuk kepada satu objek yang terbentuk di
Alam Semesta
yang mempunyai daya tarikan graviti yang tersangat kuat sehinggakan cahaya pun
tidak dapat melepasi daya tarikan gravitinya. Lohong gelap berasal daripada
bintang bersaiz
lebih besar daripada
matahari, yang telah kehabisan
hidrogen dan
membentuk
superraksaksa merah sebelum meletup dalam letupan nova atau supernova.
Kewujupannya hanya diandaikan daripada pesongan cahaya
bintang yang
bersinar berhampiran sedangkan lohong gelap tidak kelihatan secara langsung.
Louis Braille
Louis
Braille dilahirkan pada 1809, adalah pengasas
tulisan braille,
iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor.
Louis
Braille merupakan anak seorang tukang kulit dan mempunyai penglihatan normal
ketika kecil. Ketika berusia 3 tahun dia telah bermain-main di kedai ayahnya
apabila tercucuk matanya dengan satu peralatan kepunyaan bapanya. Akibat
daripada kejadian itu,
Louis
Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya. Pada tahun 1819,
ketika berusia 10 tahun,
Louis
Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institute
Kanak-Kanak Buta. Pengasas Institute tersebut telah mendapat idea untuk
membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku
tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya
sebesar 1 inci tinggi. Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera telah
membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat
ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu
malam ketika dalam parit pertahanan.
Louis
Braille memperbaiki sistem ini dan menulis buku berkenaan sistem braille
pada tahun 1829 dan 1837. Pada permulaannya terdapat halangan oleh mereka yang
tidak memahami keperluan orang buta, bagaimanapun
Louis
Braille sentiasa gigih menyebarkan
tulisan braille.
Sistem tulisan
braille itu sentiasa diperelokkan dan sehingga kini terdapat pelbagai tanda
untuk membolehkan penulisan untuk nota musik, bahasa Arab, bahasa Malaysia,
metamatik, dan lain-lain dilakukan dan membolehkan buku-buku braille dicetak.
Kini terdapat pencetak yang dapat mencetak buku-buku braille dengan pantas,
tetapi masih belum berupaya untuk mencetak gambar untuk digunakan dalam
buku-buku braille.
Louis
Braille menjadi seorang guru yang gigih di sekolahnya dan melalui usahanya
beribu-ribu orang buta dapat membaca.
Louis
Braillemeninggal
tahun 1852 disebabkan batuk kering 'Tuberculosis'.
Riwayat
hidup Louis Braille.
Ludwig Van Beethoven
Seorang penggubah lagu klassik yang terkemuka. Ludwig Van Beethoven merupakan
anak kepada Johann, seorang penyayi kepada "Elector of Cologne" di bandar Bonn.
Ibunya bernama Maria Magdalena Laym, merupakan anak seorang tukang masak. Mereka
mempunyai tujuh orang anak tetapi hanya tiga yang selamat membesar. Ludwig Van
Beethoven merupakan yang anak mereka yang tertua. Ludwig Van Beethoven
dilahirkan di Bonn, Jerman pada 16 Desember 1770 dan meninggal 27 March 1827 .
TokohLudwigVanBeethoven.htm