Undur | Laman Utama | Depan |
|
DAFTAR X
6 Safar 1423
X-ray
X-ray merupakan sebahagian spektrum eletromagnet dengan saiz gelombang antara
10 -12 hingga 10 -9 dengan frekuensi 10 17
hingga 10 21Hz. X-ray terjadi apabila elektron bergerak menembusi
jisim pepejal. Pepejal yang berlainan mempunyai kadar ketelusan elektron yang
berlainan. Oleh itu pada tahap sinaran yang sesuai, elektron akan menembusi
lemak, sebahagian lagi akan diserap oleh organ dalaman seperti jantung, juga
daging tetapi akan terhalang oleh tulang, membenarkan pemeriksaan kesihatan
dijalankan. Pendedahan yang berterusan kepada kadar X-ray yang tinggi boleh
menyebabkan barah, oleh itu X-ray tidak dibenarkan untuk mereka yang mengandung.
Bagaimanapun, X-ray biasa mempunyai kadar radiasi yang rendah, dan selamat bagi
mereka yang sihat sekiranya dilakukan dengan betul dan oleh mereka yang terlatih.
X-ray juga digabungkan dengan komputer untuk menghasilkan image dua dan tiga
dimensi melalui alat
Pengimbas Tomografi Berkomputer.